Artikel
Polis Berpadu Memberkas Jenayah
Kejayaan
Polis yang menerima maklumat orang awam telah cuba menahan sebuah kenderaan mewah yang berlegar dalam keadaan mencurigakan di Taman Tempua, Puchong. Pemandu ke...
Diterbitkan 16 Jun 2014 7.25 AM
Saspek telah berjaya diberkas, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri. Semakan rekod mendapati saspek yang diberkas adalah dikehendaki berhubung kes samun di Sungai Petani, Kedah. Kenderaan yang dipandu pula merupakan kenderaan yang dilaporkan curi di Sungai Petani. Polis menemui pelbagai peralatan pecah rumah dan samun dalam kenderaan tersebut.
Ekoran dari itu, polis turut melakukan serbuan rumah di Klang Lama dan berjaya menemui satu mesin pembuat kunci pendua, serangkai kunci kereta, alat-alat pecah rumah, dua paket dadah dan juga sebuah kereta curi yang dilaporkan hilang di Kuantan.

Sumber berita : Oriental Daily dan Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 7.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM