Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pecah Rumah Curi Kereta Awek Iskandar Antara Yang Dice

Diterbitkan: 16 Jun 2014 7.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tembelang sekumpulan empat penjenayah bergelar Geng Iskandar termasuk ketuanya yang menjadikan sebuah kondominium di Jalan Ipoh di sini untuk menyimpan kereta dan barang curi sejak setahun lalu terbon..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pecah-rumah-curi-kereta-awek-iskandar-antara-yang-dice
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:52 MYT
Tembelang sekumpulan empat penjenayah bergelar Geng Iskandar termasuk ketuanya yang menjadikan sebuah kondominium di Jalan Ipoh di sini untuk menyimpan kereta dan barang curi sejak setahun lalu terbongkar apabila diserbu pada 23 Jun lalu.

Polis mendapati ruang tamu kondominium tersebut dipenuhi dengan parang, pedang, barang elektrik dan barang kemas curi. KPD Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, selain itu, pihaknya turut merampas kereta dan kenderaan curi jenis Nissan Sentra, Nissan Latio, Nissan Silvia, Nissan X-trail, Toyota Estima, Proton Perdana dan Exora yang kesemuanya bernilai RM2 juta.

Empat suspek berusia di antara 21 dan 37 tahun termasuk seorang wanita yang merupakan kekasih ketuanya ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: Akhbar Kosmo

Pecah Rumah Curi Kereta Awek Iskandar Antara Yang Dice
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 7.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM