Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur

Diterbitkan: 11 Jun 2014 3.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Sepertimana yang kita sedia maklum, pada 20 Februari yang lalu satu musibah telah menimpa warga PDRM Batalion 8, PGA Pengkalan Chepa, di mana seramai lapan puluh sembilan (89) orang daripada enam be..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rm121-915-ke-tabung-kelab-polis-batalion-8-mangsa-kebakaran-bersyukur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:21 MYT
Bukit Aman, 26 Mei 2011 - "Sepertimana yang kita sedia maklum, pada 20 Februari yang lalu satu musibah telah menimpa warga PDRM Batalion 8, PGA Pengkalan Chepa, di mana seramai 89 orang daripada 16 keluarga kehilangan tempattinggal apabila empat blok kuarters hangus dalam kebakaran. Jumlah kerugian yang dialami keseluruhannya lebih kurang RM1.5 juta", ujar YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Batalion 8, Pasukan Gerakan AM Pengkalan Chepa, Kelantan.

Menurut YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, apabila berlaku sahaja apa-apa tragedi atau bencana yang menimpa penduduk di negara ini atau pun masyarakat antarabangsa, seperti kejadian tumbangnya Highland Towers, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Tsunami di Acheh dan Jepun serta yang terbaru kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, Kajang, Sabtu lepas, pelbagai pihak tidak kira agensi kerajaan, swasta, NGO dan orang perseorangan tampil menghulurkan sumbangan kewangan dan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa tragedi. 
Secara gambaran besar atau rumusannya itulah sebenarnya gambaran rakyat Malaysia yang begitu prihatin dan sentiasa berkongsi suka duka dengan mereka yang di dalam kesusahan dan penderitaan.  Sikap tersebut terpancar lagi dengan berlangsungnya majlis seperti ini sememangnya rakyat Malaysia amat pemurah dan begitu dermawan.

YDH Ketua Polis Negara juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Syarikat Pembinaan BLT Sendirian Berhad yang telah menyumbang sebanyak RM36,000, dan juga kepada seluruh kakitangan PBLT yang turut membuat kutipan sesama mereka sehingga menghasilkan sumbangan sejumlah RM4,415.

Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada 5 institusi kewangan yang turut bermurah hati memberikan sumbangan iaitu:-

No.

Organisasi / Bank

Jumlah

1.

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad

RM 48,00.00

2.

Bank Islam Malaysia Berhad

RM 16,000.00

3.

Malaysia Building Society Berhad (MBSB)

RM 10,000.00

4.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

RM 5,000.00

5.

Al Rajhi Banking And Investment Corporation Malaysia Bhd.

RM 2,500.00


Tindakan seperti ini adalah jelas menunjukkan bahawa, Syarikat PBLT Sendirian Berhad dan 5 institusi bank  yang menyumbangkan bantuan kewangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut, mempunyai kesedaran yang begitu tinggi di dalam melaksanakan corporate social responsibility (CSR) atau corporate conscience terhadap warga organisasi keselamatan seperti PDRM. 

Akhir kata daripada YDH Ketua Polis Negara, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Syarikat Pembinaan BLT Sendirian Berhad (PBLT), Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Al Rajhi Banking And Investment Corporation Malaysia Berhad, di atas sumbangan yang telah dihulurkan.

Turut hadir di majlis tersebut, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri-Datuk Seri dan Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Datin Seri-Datin Seri dan Datin-Datin, YBhg. wakil-wakil dari bank, Pegawai-pegawai kanan serta anggota PDRM dan wakil-wakil media.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
Ucapan YDH Tan Sri Haji Ismali bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
Ucapan balas dari wakil bank, YBhg. Encik Mohd Redza bin Mohd Yusof, Managing Director/Chief Executif Officer, Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
Barisan tetamu yang turut hadir...


Penyampaian cek dari wakil bank kepada PDRM.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
YBhg. Encik Mohd Redza bin Mohd Yusof wakil dari Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
YBhg. Encik Mohamad Salahudeen bin Sahul Hamid dari wakil kakitangan Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
YBhg. Encik Mohamed Iqbal wakil dari Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
YBhg. Encik Khairul bin Kamarudin wakil dari Bank Islam Malaysia Berhad.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
YBhg. Puan Azlina bt Mohd Rashad wakil dari Malaysia Building Society Berhad.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
YBhg. Encik Rosli bin Ismail wakil dari Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
YBhg. Encik Haji Suhaidin bin Haji Md Shaukat wakil dari Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
Sesi bergambar bersama wakil-wakil penderma.

Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
Sesi sidang media.

Jurukamera/Wartawan : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Penyunting : C/Insp Norsuzila bt Kamaruldin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 3.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM