Artikel
Pdrm Menyambut Lawatan Latihan Delegasi Philiphine Public Safety College Ppsc
Polis DiRaja Malaysia hari ini telah menerima sebuah lawatan berupa latihan daripada Delegasi Filipina petang ini. Lawatan latihan ini adalah bagi mengeratkan...
Kuala Lumpur - 26 Mei 2011
Polis DiRaja Malaysia hari ini telah menerima satu lawatan latihan daripada Delegasi Filipina petang ini. Lawatan latihan ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara badan keselamatan negara Filipina dan Malaysia disamping bertukar pandangan di kalangan Pegawai-pegawai.
Rombongan delegasi negara Filipina adalah terdiri daripada dua puluh dua orang Pegawai Philippine National Police (PNP), lima orang Pegawai Bureau Of Fire Protection (BFP), dan tiga orang Pegawai Bureau Of Jail Managment And Penology (BJMP). Rombongan ini diketuai oleh Police Senior Superintendent Marcelino A Lipana, dibantu oleh Police Superintendent Rex Laher Urbano.
Lawatan latihan adalah termasuk Maktab PDRM, Cheras, Kuala Lumpur, Pangkalan Unit Udara PDRM, Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Muzium PDRM, Kuala Lumpur. Kesempatan ini memberikan banyak maklumat kepada para Delegasi contohnya maklumat mengenai sistem kawalan keselamatan negara Malaysia oleh PDRM, kelengkapan pesawat dalam penugasan PDRM dan beberapa lipatan sejarah Polis Malaysia dalam menghadapi keadaan semasa zaman darurat. Turut menarik minat para Delegasi dengan pameran koleksi pesawat oleh Pangkalan Unit Udara PDRM dan pameran barang bersejarah oleh Muzium PDRM.
"Kami amat berbesar hati dan terharu dengan layanan mesra daripada PDRM kerana sudi menerima kunjungan kami ke Malaysia. Saya bagi pihak rombongan ini mengucapkan berbanyak terima kasih dan kami berharap suatu hari nanti kami akan menerima kunjungan daripada Malaysia, PDRM khususnya", ujar Police Senior Superintendent Marcelino A Lipana, Ketua Rombongan Delegasi Filipina.

Rombongan Delegasi Filipina makan tengahari di Maktab PDRM, Cheras, Kuala Lumpur

ASP Raby Abu Bakar, Cawangan Pasukan Petugas Khas dengan tajuk "Counter Terrorism Operation In Malaysia"

Peluang dibuka untuk sesi soal jawab

Bergambar kenangan bersama YDH Dato' Dr. Chai Khin Chung, Timbalan Komandan Maktab PDRM, Cheras
27 Mei 2011
Pangkalan Unit Udara PDRM, Sungai Besi

Ketibaan Delegasi disambut mesra oleh Supt. Haji Noor Azham bin Haji Ramli, Timbalan Komander Unit Udara PDRM

Ketua rombongan Delegasi menandatangani Buku Pelawat

Bergambar kenangan bersama Timbalan Komander Unit Udara PDRM

Ucapan daripada Timbalan Komander Unit Udara PDRM

Taklimat mengenai sejarah, visi, misi, objektif, peranan, organisasi, pangkalan, jenis-jenis pesawat dan latihan aircrew oleh Timbalan Komander Unit Udara PDRM

Bertukar Cenderahati

Bergambar dengan Pegawai Juruterbang Pesawat PDRM

Pesawat Helicopter Alpha Sera Series 355, keluaran Amerika Syarikat

Pesawat Series 355N Squirrel, keluaran Perancis

Pesawat Series 172 Cassana, keluaran Switzerland

Pesawat Cassana Carvan, keluaran United States

Pesawat Pilatus Porter PC 6

Pesawat King Air Beach Craft 356 Series
Lawatan Ke Bilik Simulator

Penyampaian cenderahati kenangan

Wartawan/Jurufoto : L/kpl Edwind Indo

26 Mei 2011
Maktab Cheras PDRM