Artikel
Rm121 915 Ke Tabung Kelab Polis Batalion 8 Mangsa Kebakaran Bersyukur
'Sepertimana yang kita sedia maklum, pada 20 Februari yang lalu satu musibah telah menimpa warga PDRM Batalion 8, PGA Pengkalan Chepa, di mana seramai lapan pu...
Bukit
Aman, 26 Mei 2011 - "Sepertimana yang kita sedia maklum, pada 20
Februari yang lalu satu musibah telah menimpa warga PDRM Batalion 8, PGA
Pengkalan Chepa, di mana seramai 89 orang daripada 16 keluarga
kehilangan tempattinggal apabila empat blok kuarters hangus dalam
kebakaran. Jumlah kerugian yang dialami keseluruhannya lebih kurang
RM1.5 juta", ujar YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara, sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran
Batalion 8, Pasukan Gerakan AM Pengkalan Chepa, Kelantan.
Menurut
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, apabila berlaku sahaja
apa-apa tragedi atau bencana yang menimpa penduduk di negara ini atau
pun masyarakat antarabangsa, seperti kejadian tumbangnya Highland
Towers, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Tsunami di Acheh dan Jepun
serta yang terbaru kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan
Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, Kajang, Sabtu lepas,
pelbagai pihak tidak kira agensi kerajaan, swasta, NGO dan orang
perseorangan tampil menghulurkan sumbangan kewangan dan bantuan bagi
meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa tragedi.
Secara
gambaran besar atau rumusannya itulah sebenarnya gambaran rakyat
Malaysia yang begitu prihatin dan sentiasa berkongsi suka duka dengan
mereka yang di dalam kesusahan dan penderitaan. Sikap
tersebut terpancar lagi dengan berlangsungnya majlis seperti ini
sememangnya rakyat Malaysia amat pemurah dan begitu dermawan.
YDH
Ketua Polis Negara juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan jutaan terima kasih kepada Syarikat Pembinaan BLT Sendirian
Berhad yang telah menyumbang sebanyak RM36,000, dan juga kepada seluruh
kakitangan PBLT yang turut membuat kutipan sesama mereka sehingga
menghasilkan sumbangan sejumlah RM4,415.
Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada 5 institusi kewangan yang turut bermurah hati memberikan sumbangan iaitu:-
| No. | Organisasi / Bank | Jumlah |
| 1. | Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad | RM 48,00.00 |
| 2. | Bank Islam Malaysia Berhad | RM 16,000.00 |
| 3. | Malaysia Building Society Berhad (MBSB) | RM 10,000.00 |
| 4. | Bank Kerjasama Rakyat Malaysia | RM 5,000.00 |
| 5. | Al Rajhi Banking And Investment Corporation Malaysia Bhd. | RM 2,500.00 |
Tindakan
seperti ini adalah jelas menunjukkan bahawa, Syarikat PBLT Sendirian
Berhad dan 5 institusi bank yang menyumbangkan bantuan kewangan bagi
meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terlibat
dalam tragedi tersebut, mempunyai kesedaran yang begitu tinggi di dalam
melaksanakan corporate social responsibility (CSR) atau corporate conscience terhadap warga organisasi keselamatan seperti PDRM.
Akhir kata daripada YDH Ketua Polis Negara, beliau
mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Syarikat Pembinaan
BLT Sendirian Berhad (PBLT), Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad,
Bank Islam Malaysia Berhad, Malaysia Building Society Berhad (MBSB),
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Al Rajhi Banking And
Investment Corporation Malaysia Berhad, di atas sumbangan yang telah
dihulurkan.
Turut hadir di majlis tersebut, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri-Datuk Seri dan Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Datin Seri-Datin Seri dan Datin-Datin, YBhg. wakil-wakil dari bank, Pegawai-pegawai kanan serta anggota PDRM dan wakil-wakil media.
Turut hadir di majlis tersebut, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri-Datuk Seri dan Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Datin Seri-Datin Seri dan Datin-Datin, YBhg. wakil-wakil dari bank, Pegawai-pegawai kanan serta anggota PDRM dan wakil-wakil media.

Ucapan YDH Tan Sri Haji Ismali bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Ucapan balas dari wakil bank, YBhg. Encik Mohd Redza bin Mohd Yusof, Managing Director/Chief Executif Officer, Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd.

Barisan tetamu yang turut hadir...
Penyampaian cek dari wakil bank kepada PDRM.

YBhg. Encik Mohd Redza bin Mohd Yusof wakil dari Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd.

YBhg. Encik Mohamad Salahudeen bin Sahul Hamid dari wakil kakitangan Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd.

YBhg. Encik Mohamed Iqbal wakil dari Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.

YBhg. Encik Khairul bin Kamarudin wakil dari Bank Islam Malaysia Berhad.

YBhg. Puan Azlina bt Mohd Rashad wakil dari Malaysia Building Society Berhad.

YBhg. Encik Rosli bin Ismail wakil dari Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

YBhg. Encik Haji Suhaidin bin Haji Md Shaukat wakil dari Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd.

Sesi bergambar bersama wakil-wakil penderma.

Sesi sidang media.
Jurukamera/Wartawan : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Penyunting : C/Insp Norsuzila bt Kamaruldin