Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rampasan Senapang Buatan Sendiri

Published: 13 Jun 2014 1.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sungai Buloh - 2 April 2009. Pihak Polis dari Cawangan Jenayah Berat D9 Petaling Jaya telah berjaya menahan 5 lelaki Indonesia dan merampas 3 laras senjata api buatan sendiri. Serbuan telah dibuat di ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rampasan-senapang-buatan-sendiri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:49 MYT

Sungai Buloh - 2 April 2009. Pihak Polis dari Cawangan Jenayah Berat D9 Petaling Jaya telah berjaya menahan 5  lelaki Indonesia dan merampas 3 laras senjata api buatan sendiri. Serbuan telah dibuat di Lot 2844-C Batu 15, Paya Jaras  Hilir, 47000 Sg Buloh, Petaling Jaya Selangor.

Dalam satu serbuan lagi, polis berjaya menahan seorang lelaki melayu di Jalan Sungai Buloh, Batu 15, Kampung Paya Jaras. Di dalam serbuan tersebut, polis menemui sebuah bengkel yang terletak di hadapan rumahnya digunakan untuk membuat senapang angin. Pemeriksaan di dalam bengkel dilakukan dan polis menemui 3 laras senapang angin, 1 Revolver mainan jenis Phyton 357 serta alat-alat untuk membuat senapang angin. Polis kemudiannya membuat pemeriksaan di dalam rumahnya dan telah menemui 3 lagi laras senapang angin.

Maklumat mengenai aktiviti ini telah diperolehi pada penghujung bulan Mac dikumpul dan intipan telah dilakukan di tempat dimaksudkan. Menurut maklumat yang diperolehi, senjatapi tersebut dibuat oleh seorang lelaki Indonesia dan mula diedarkan kepada orang ramai di sekitar kampung tersebut sejak setengah tahun lalu.

Susulan daripada tangkapan-tangkapan tersebut, beberapa serbuan telah dilakukan dan telah berjaya menahan 8 lagi suspek dan juga 4 laras senapang angin buatan sendiri.

Polis juga menyeru kepada orang ramai yang masih menyimpan senapang angin buatan sendiri tersebut agar menyerahkan kepada mana-mana balai polis berhampiran kerana senapang tersebut juga merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM