Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Samun Rumah Tumpas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 1.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ampang - 23 Mac 2009. Cawangan Jenayah Berat D9 Selangor berjaya memberkas 3 lelaki cina yang amat aktif melakukan samun rumah di Jalan Pandan Indah 21, Pandan Indah Ampang, Selangor...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-samun-rumah-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:37 MYT

Ampang - 23 Mac 2009. Cawangan Jenayah Berat D9 Selangor berjaya memberkas 3 lelaki cina yang amat aktif melakukan samun rumah di Jalan Pandan Indah 21, Pandan Indah Ampang, Selangor.

Kumpulan penjenayah terbabit telah melakukan sebanyak 20 kes samun dan pecah rumah di Lembah Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan penjenayah terbabit berjaya dikesan menggunakan van Toyota Estima berada di Pandan Indah.

Tambahnya lagi, turut dirampas pelbagai barangan hasil samun, pelbagai senjata seperti pisau, 5 unit telefon bimbit dan barang kemas hasil serbuan ke rumah-rumah kediaman mereka.

Kesemua penjenayah terbabit memiliki beberapa rekod lampau. Kejayaan besar ini adalah hasil maklumat orang awam.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 1.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM