Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Edar Dadah 17 Termasuk Suami Isteri Ditahan

Diterbitkan: 13 Jun 2014 1.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KULIM 14 Mei - Polis percaya dapat melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di kawasan selatan negeri Kedah dan Seberang Perai dengan tertangkapnya 17 individu termasuk sepasang suami isteri diperca..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/edar-dadah-17-termasuk-suami-isteri-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT
KULIM - 14 Mei 2009. Polis percaya dapat melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di kawasan selatan negeri Kedah dan Seberang Perai dengan tertangkapnya 17 individu termasuk sepasang suami isteri dipercayai ketua sindiket itu dalam beberapa serbuan sekitar Kulim dan Sungai Kob dekat sini hari ini.

Dalam serbuan tersebut, polis menjumpai sepucuk pistol semi automatik jenis Walter bersama tiga butir peluru, wang tunai RM11,700, 90 biji pil dipercayai eramin dan pelbagai jenis dadah jenis ekstasi serta syabu. Turut dirampas ialah empat buah kereta yang dilaporkan hilang bernilai kira-kira RM100,000.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Salleh berkata, serbuan itu diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Asisten Komisioner Wan Zulkifli Sahabaluddin hasil daripada maklumat awam dan intipan yang dijalankan.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 1.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM