Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pusat Karaoke Diserbu

Published: 11 Jul 2014 2.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 26 warga Vietnam berusia dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun dicekup dalam operasi terbabit. Selain itu, pihak polis turut menahan enam lelaki warga Myanmar yang bekerja di premis tersebut dan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-karaoke-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:06 MYT
Keasyikan pelayan pelanggan (GRO) berhibur bersama pelanggan masing-masing terbantut apabila sebuah premis pusat hiburan karaoke di Sekinchan di sini, diserbu polis awal pagi semalam.

Serbuan kira-kira jam 12.30 pagi itu dijalankan Unit Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) diketuai oleh Asisten Superintendan, Muhammad Mohd Jais bersama seorang lagi pegawai dan 10 anggota. 

Seramai 26 warga Vietnam berusia dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun dicekup dalam operasi terbabit. Selain itu, pihak polis turut menahan enam lelaki warga Myanmar yang bekerja di premis tersebut dan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah.

Kes itu disiasat di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan lmigresen 1963 iaitu salah guna pas lawatan sosial dan Seksyen 6(1 )(c) Akta lmigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa pas dan permit yang sah. 

Pusat Karaoke Diserbu

Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 11 Jul 2014 2.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM