Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Tahan Juragan Rampas Bot Berserta Rokok Kretek Di Tawau

Diterbitkan: 11 Jul 2014 2.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Puluhan kotak rokok kretek pelbagai jenama disimpan di dalam bot berkenaan. PPM merampas kesemua rokok-rokok berkenaan dan menahan lelaki tempatan berusia 21 tahun yang bertindak sebagai juragan bot ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-juragan-rampas-bot-berserta-rokok-kretek-di-tawau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:13 MYT
Kuala Lumpur, 21 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang juragan bot dan merampas sebuah bot yang mengandungi puluhan kotak rokok kretek tiruan di pinggir Limbungan Tanjung Batu, Tawau, Sabah, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun hari ini berkata rokok itu dijumpai semasa pemeriksaan ke atas sebuah bot yang didapati mencurigakan.

 "Puluhan kotak rokok kretek pelbagai jenama disimpan di dalam bot berkenaan. PPM merampas kesemua rokok-rokok berkenaan dan menahan lelaki tempatan berusia 21 tahun yang bertindak sebagai juragan bot untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Mohamad, bot berserta enjin dan rokok yang dianggarkan bernilai RM148,000 itu dibawa ke markas PPM Tawau.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2014 2.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM