Artikel
Jurugan Kapal Ditahan Cuba Seludup Masuk Rokok Tiruan
'Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai puluhan kotak kretek pelbagai jenama seperti Surya Gudang Garam, Wismilak Diplomat dan Semporna Avolution disimpan di dalam...
Tawau, 21 Jun - Seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin
(PPM) dalam satu pemeriksaan di pinggir pantai Maju Layar Limbungan
Tanjung Batu, Sabah petang semalam kerana memiliki puluhan kotak rokok
kretek.
Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah bot yang mencurigakan yang diikat di pinggir pantai kawasan limbungan.
"Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai puluhan kotak kretek pelbagai jenama seperti Surya Gudang Garam, Wismilak Diplomat dan Semporna Avolution disimpan di dalam bot itu.
"Kita merampas kesemua rokok-rokok berkenaan dan menahan lelaki berusia 21 tahun yang bertindak sebagai juragan bot untuk siasatan lanjut," katanya lagi.
Menurutnya, rokok-rokok yang dirampas dipercayai diseludup masuk daripada luar untuk dijual di negara ini.
Keseluruhan rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan bernilai RM 148,000.00 itu dibawa ke markas PPM Tawau untuk disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.