Article
Pulapol Kuala Lumpur Nantikan Hari 25 Mac 2011
Selama 2 minggu, Kawalan Kehormatan dan detachment yang terdiri daripada pegawai dan anggota telah bertungkus lumus menjalani latihan kawat untuk majlis perbar...
Kuala Lumpur - 23 Mac 2011
Selama
2 minggu, Kawalan Kehormatan dan detachment yang terdiri daripada
pegawai dan anggota telah bertungkus lumus menjalani latihan kawat untuk
majlis perbarisan yang akan disambut pada 25 Mac 2011 ini.
Tarikh 25 Mac 2011, adalah tarikh keramat, tarikh bersejarah bagi Pasukan Polis Diraja Malaysia. Saban tahun, tarikh ini akan disambut dengan penuh bersejarah di semua kontinjen, daerah dan juga Pusat Latihan Polis serta Briged.
Pada pagi ini, bertempat di Dataran Kawat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, satu raptai penuh telah di adakan sambil disaksikan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan).
Dalam amanatnya, YDH Dato' Mortadza menyentuh beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh semua pegawai dan anggota seperti menjaga kesihatan diri, memperkemaskan persiapan diri, pakaian, peralatan dan bersemangat serta berdisiplin semasa hari perbarisan.
Turut hadir, YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, YDH SAC Mohd Shahrizan bin Che Mat Din, Ketua Pusat Pengajian Krisis Bencana Maktab PDRM KL serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM

Di sinilah , Perbarisan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun akan berlangsung pada 25 Mac 2011

Raptai penuh...

Perbarisan pada 25 Mac 2011 ini akan di adakan dengan penuh istiadat dan gemilang...

Amanat akhir oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)

Detachment dari Pasukan PBB...

Teguran menyeluruh kepada semua detachment, menitikberatkan pakaian, peralatan dan juga keterampilan diri.

Taklimat persiapan akhir sebelum bersurai...

Kawalan Kehormatan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan