Budayakan Konsep 4p Dalam Pelaksanaan Aktiviti Perkep Ybhg Puan Sri Hajjah Suriati Binti Md Sobr
Seri Kembangan , 23 Mac 2011 - "Saya ingin menyeru kepada semua ahli-ahli PERKEP supaya bersama-sama menyerapkan konsep 4P sebagai pedoman dalam melaksanakan aktiviti PERKEP selari dengan aspirasi Yang Dihormati Ketua Polis Negara," ujar YBhg. Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PERKEP Malaysia Yang Ke-39 di Hotel Palace Of Golden Horses hari ini.
Beliau menambah, konsep 4P diinspirasikan melalui elemen-elemen pelindung (Protective), proaktif (Proactive) dan perkhidmatan berorientasikan masyarakat (People Oriented) merupakan tiga elemen utama yang menghasilkan pencapaian dan keberhasilan (Perfomance and Outcome) yang juga perlu menjadi tonggak PERKEP.
Berdasarkan keanggotaan PERKEP seramai lebih daripada 80,000 orang, beliau amat berbangga kerana ianya merupakan satu kejayaan kerana PERKEP terus ampuh dan relevan dalam konteks kemodenan kini selaras dengan aspirasi serta sokongan memartabatkan peranan wanita dalam semua spektra kehidupan.
Beliau juga megulas ungkapan, 'Behind Every Successful Man, There Is Always A Wise Women' di mana PERKEP tetap akan sentiasa memberi sumbangan yang dapat meringankan beban kaum adam dalam PDRM supaya dapat memberi tumpuan untuk menjalankan kewajiban utama mereka menjaga ketenteraman, dan mengekalkan keamanan negara.
PERKEP menurutnya, memberikan peluang dan ruang kepada wanita, yakni isteri, anak-anak perempuan ataupun pegawai kanan dan pegawai rendah polis wanita dan menjadikannya satu saluran membawa sesuatu isu, kebajikan atau hal-hal lain kepada pucuk pimpinan PDRM, selain dijadikan platform pengerat silatulrahim di kalangan ahli-ahlinya.
Sehingga kini, PERKEP tetap terurus, terancang dan memberi manfaat kepada Pasukan PDRM serta negara dan tanggal 3 Ogos 2011 akan datang, genaplah ulangtahun penubuhan PERKEP yang ke-43.
YDH Ketua Polis Negara Sentiasa Menyokong Sebarang Aktiviti PERKEP
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya hari ini turut menyatakan pendiriannya dalam menyokong sebarang aktiviti anjuran PERKEP.
Mengulas kenyataan beliau, PERKEP sentiasa relevan dalam konteks mambantu organisasi PDRM memantapkan prestasinya.
Beliau turut menyeru PERKEP memberi perhatian kepada soal-soal kebajikan yang melibatkan kesihatan mental dan fizikal ahli keluarga pegawai dan anggota PDRM.
Sehubungan itu, beliau telah memutuskan untuk melaksanakan satu program – 'Program Gaya Hidup Sihat' yang akan dilancarkan sehari selepas sambutan Peringatan Hari Polis ke 204 akan datang.
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PERKEP Malaysia ke-39 ini disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara turut dihadiri Timbalannya, YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail bersama isteri, YBhg. Datin Nur Habibah binti Hatim yang juga merupakan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri dan YDH Pesuruhjaya Polis Negeri, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan ahli-ahli PERKEP Malaysia.
Gambar-gambar sekitar Mesyuarat Agung PERKEP 2011.
%20074.jpg)
%20020.jpg)
%20024.jpg)
%20023.jpg)
%20048.jpg)
%20078.jpg)
%20081.jpg)
Jurufoto : L/Kpl Baharin Mohamed dan L/Kpl Fansus bin Jangor
Penyunting : Insp Aruwan Amilah