Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Persidangan Pjp Kp Komander Briged Pga Komander Dan Komandan Bil 1 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Persidangan ini didahului dengan ucapan alu-aluan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan disusuli oleh pembentangan kertas kerja oleh Pengerusi Zon 1 iaitu Ketua Polis (KP)..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-pjp-kp-komander-briged-pga-komander-dan-komandan-bil-1-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:18 MYT

Seri Kembangan , 23 Mac 2011 - Telah berlangsung Persidangan PJP/KP/Komander Briged PGA/Komander dan Komandan Bil 1/2011 di Hotel Palace Of Golden Horses hari ini.

 

Persidangan ini berlangsung dari 23 sehingga 25 Mac 2011 melibatkan pucuk pimpinan tertinggi PDRM bersama Pesuruhjaya-pesuruhjaya Polis, Ketua-ketua Polis Negeri, Komander-komander dan Komandan PDRM seluruh negara.

 

Persidangan ini didahului dengan ucapan alu-aluan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan disusuli oleh pembentangan kertas kerja oleh Pengerusi Zon 1 iaitu Ketua Polis (KP) Johor, KP Negeri Sembilan dan KP Melaka bertajuk 'Perception Of Corrupt Practice By Traffic Police'.

 

Y.Bhg Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal bin Hassan membuka tirai persidangan yang disambung pada sebelah petang dengan taklimatnya yang bertajuk 'Categorization Of Muslims By Western Criteria: External And Internal Challenges To The Malaysian Police Force'.

 

Seterusnya persidangan disusuli dengan taklimat bertajuk 'Economic Globalization And Its Impact on National Security' oleh Y.Bhg Dato' Dr. Mahani Zainal Abidin.

 

Persidangan disambung pada pagi esok dan Pengerusi Urus Setia NKRA akan memulakan persidangan dengan taklimatnya bertajuk 'Mengurangkan Jenayah: Berhubung Dengan Pencapaian Bagi Tahun 2010 Dan Sasaran Tahun 2011'.

 

Seterusnya taklimat Jawatankuasa Pelaksana (JKP) SIAP PDRM berhubung Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa oleh YDH SAC Razali bin Basri.

 

Persidangan diteruskan dengan pembentangan kertas kerja Pengerusi Zon II bertajuk 'Perception Of Disinterest In Investigating Report Criminal Cases' daripada KP Pulau Pinang, KP Kedah dan KP Perlis.

 

Pembentangan Kertas Kerja seterusnya oleh KP Kuala Lumpur, KP Selangor dan KP Perak mewakili Pengerusi Zon III bertajuk 'Perception Of Police Manipulating Numbers In NKRA Statistic By Sweeping Cases under The Carpet'.

 

Di sebelah petangnya, pembentangan kertas kerja oleh Pengerusi Zon IV bertajuk 'Perception Of Police Corruption In Settling Cases With Perpetrators Of Crime' daripada KP Kuala Lumpur, KP Terengganu dan KP Kelantan.

 

Persidangan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Bukit Aman pada sebelah malamnya.

 

Pada 25 Mac 2011, persidangan akhir, Persidangan PJP/KP/Komander Briged PGA/Komander Dan Komandan Bil 1/2011 berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN Tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman pada sebelah petangnya dan diakhiri oleh penggulungan dan penutupan oleh YDH Ketua Polis Negara. 

Gambar-gambar sekitar mesyuarat.

Persidangan Pjp Kp Komander Briged Pga Komander Dan Komandan Bil 1 2011

Persidangan Pjp Kp Komander Briged Pga Komander Dan Komandan Bil 1 2011

Persidangan Pjp Kp Komander Briged Pga Komander Dan Komandan Bil 1 2011

Persidangan Pjp Kp Komander Briged Pga Komander Dan Komandan Bil 1 2011

Persidangan Pjp Kp Komander Briged Pga Komander Dan Komandan Bil 1 2011

Persidangan Pjp Kp Komander Briged Pga Komander Dan Komandan Bil 1 2011

Wartawan    :    Kons Irfan bin Bujang
Jurufoto     :    L/Kpl Syamsul Baharin bin Mohamed
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM