Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pulapol Kuala Lumpur Nantikan Hari 25 Mac 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selama 2 minggu, Kawalan Kehormatan dan detachment yang terdiri daripada pegawai dan anggota telah bertungkus lumus menjalani latihan kawat untuk majlis perbarisan yang akan disambut pada 25 Mac 2011 ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pulapol-kuala-lumpur-nantikan-hari-25-mac-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:09 MYT
Kuala Lumpur - 23 Mac 2011

Selama 2 minggu, Kawalan Kehormatan dan detachment yang terdiri daripada pegawai dan anggota telah bertungkus lumus menjalani latihan kawat untuk majlis perbarisan yang akan disambut pada 25 Mac 2011 ini.

Tarikh 25 Mac 2011, adalah tarikh keramat, tarikh bersejarah bagi Pasukan Polis Diraja Malaysia. Saban tahun, tarikh ini akan disambut dengan penuh bersejarah di semua kontinjen, daerah dan juga Pusat Latihan Polis serta Briged.

Pada pagi ini, bertempat di Dataran Kawat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, satu raptai penuh telah di adakan sambil disaksikan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan).

Dalam amanatnya, YDH Dato' Mortadza menyentuh beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh semua pegawai dan anggota seperti menjaga kesihatan diri, memperkemaskan persiapan diri, pakaian, peralatan dan bersemangat serta berdisiplin semasa hari perbarisan.

Turut hadir, YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, YDH SAC Mohd Shahrizan bin Che Mat Din, Ketua Pusat Pengajian Krisis Bencana Maktab PDRM KL serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM

Pulapol Kuala Lumpur Nantikan Hari 25 Mac 2011
Di sinilah , Perbarisan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun akan berlangsung pada 25 Mac 2011

Pulapol Kuala Lumpur Nantikan Hari 25 Mac 2011
Raptai penuh...

Pulapol Kuala Lumpur Nantikan Hari 25 Mac 2011
Perbarisan pada 25 Mac 2011 ini akan di adakan dengan penuh istiadat dan gemilang...

Pulapol Kuala Lumpur Nantikan Hari 25 Mac 2011
Amanat akhir oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)

Pulapol Kuala Lumpur Nantikan Hari 25 Mac 2011
Detachment dari Pasukan PBB...

Pulapol Kuala Lumpur Nantikan Hari 25 Mac 2011
Teguran menyeluruh kepada semua detachment, menitikberatkan pakaian, peralatan dan juga keterampilan diri.

Pulapol Kuala Lumpur Nantikan Hari 25 Mac 2011
Taklimat persiapan akhir sebelum bersurai...

Pulapol Kuala Lumpur Nantikan Hari 25 Mac 2011
Kawalan Kehormatan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM