Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pru Ke 14 Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Dakwaan Amran Ahmad

Published: 06 May 2018 1.16 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 6 Mei 2018 - Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan anggota seumur hidup DAP Amran Ahmad mengenai parti pembangkang itu cuba menyebarkan propaganda menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-ke-14-polis-tubuh-pasukan-khas-siasat-dakwaan-amran-ahmad
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:24 MYT

Kuala Lumpur, 6 Mei 2018 - Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan anggota seumur hidup DAP Amran Ahmad mengenai parti pembangkang itu cuba menyebarkan propaganda menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ia susulan laporan polis yang dibuat Amran di Balai Polis Pudu di sini, baru-baru ini.

“Sebelum kita bertindak melakukan tangkapan, serbuan atau tindakan lebih lanjut, kita akan mengambil keterangan Amran dalam masa terdekat.

“Kita tidak mengira parti politik mana. Dalam hal ini, (kita) memang memandang serius aduan itu kerana ia boleh mengancam keselamatan negara dan demokrasi berparlimen," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program 'Walkabout’ Pencegahan Jenayah Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mazlan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihati parti politik yang bertanding pada PRU14 supaya berkempen tanpa menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara dan demokrasi berparlimen.

Semalam, media tempatan melaporkan Amran yang juga anggota pasukan publisiti DAP pusat, mendedahkan bahawa DAP mempunyai niat jahat untuk menyebarkan propaganda yang bersifat fitnah terhadap kerajaan semata-mata untuk meraih undi rakyat pada PRU14 pada 9 Mei ini.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata polis telah merakam keterangan daripada empat individu berhubung siasatan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

“Tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 akta itu,” katanya.

Dr Mahathir, yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi, mendakwa terdapat cubaan mensabotaj kapal terbang yang sepatutnya beliau naiki ke Langkawi, sehari sebelum hari penamaan calon pada 28 April lepas.

Dalam pada itu, Mazlan berkata polis memperhebatkan Op Ledak melibatkan 152 anggota keselamatan yang terdiri daripada polis dan tentera sebagai langkah meningkatkan lagi kawalan keselamatan dan ketenteraman awam di ibu negara sepanjang PRU14 nanti. - BERNAMA

ArticlePublished 06 May 2018 1.16 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM