Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pru Ke 14 Amanat Pengarah Jabatan Kdnka

Diterbitkan: 07 May 2018 7.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Cheras, 7 Mei 2018 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mengingatkan para petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya warga KDNKA agar sentiasa menjalankan tugas secara profesional dan berhemah sepanjang Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14 berlangsung.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-ke-14-amanat-pengarah-jabatan-kdnka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:48 MYT
PRU KE-14: AMANAT PENGARAH JABATAN KDNKA

Cheras, 7 Mei 2018 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mengingatkan para petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya warga KDNKA agar sentiasa menjalankan tugas secara profesional dan berhemah sepanjang Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14 berlangsung.

Beliau yang hadir pada Majlis Penyampaian Amanat Pengarah KDNKA sempena PRU Ke-14 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras pagi tadi, turut mengingatkan setiap pegawai dan anggota PDRM yang bertugas agar bersedia dari segi mental dan fizikal kerana penugasan PDRM akan menuntut kedua-duanya untuk mengharungi tugas sebelum, semasa dan selepas proses pilihanraya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am), CP Dato’ Abd Aziz Yusof, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan), DCP Dato’ Azizan Abd Aziz, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Datuk Mastor Mohd, Komander PSP, SAC Nik Azlan Wan Kadir, para pegawai serta anggota PSP Cheras dan PGA Briged Tengah.

_MG_7908
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah ketika menyampaikan amanatnya.

_MG_7895
Sekitar Majlis Penyampaian Amanat Pengarah KDNKA sempena PRU Ke-14 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras.

_MG_7894
Sekitar Majlis Penyampaian Amanat Pengarah KDNKA sempena PRU Ke-14 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras.

_MG_7863
Sekitar Majlis Penyampaian Amanat Pengarah KDNKA sempena PRU Ke-14 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras.

_MG_7867
Sekitar Majlis Penyampaian Amanat Pengarah KDNKA sempena PRU Ke-14 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras.

_MG_7930
Ketika sidang media.
ArtikelDiterbitkan 07 May 2018 7.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM