Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pru Ke 14 Dakwaan Anggota Polis Dilarang Mengundi Oleh Spr Polis Jalankan Siasatan

Diterbitkan: 06 May 2018 5.58 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 6 Mei 2018 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung satu laporan yang dibuat oleh seorang anggota polis yang didakwa tidak dibenarkan membuang undi awal oleh seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-ke-14-dakwaan-anggota-polis-dilarang-mengundi-oleh-spr-polis-jalankan-siasatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:17 MYT

Kuala Lumpur, 6 Mei 2018 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung satu laporan yang dibuat oleh seorang anggota polis yang didakwa tidak dibenarkan membuang undi awal oleh seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Dato’ Asmawati Ahmad, siasatan dijalankan di bawahSeksyen 4(D) Akta Kesalahan Pilihanraya.

“Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Sejak semalam, satu laporan polis tular di media sosial apabila seorang anggota polis dilarang membuang undi awal oleh seorang petugas SPR.

Berdasarkan laporan polis itu, pengadu mendakwa dia tidak dibenarkan mengundi awal kerana dimaklumkan oleh petugas SPR bahawa namanya didapati sudah mengundi.

Menurut pengadu, dia cuba menjelaskan kepada petugas SPR bahawa dia belum menunaikan tanggungjawab itu termasuk menunjukkan jarinya yang tiada kesan dakwat.

Namun, penjelasan anggota polis itu tidak diterima.

Pengadu kemudian diminta menunggu di luar pusat mengundi untuk perbincangan dengan pegawai SPR tetapi tidak ada pihak yang tampil sehingga proses undian awal selesai. – ASTRO AWANI

ArtikelDiterbitkan 06 May 2018 5.58 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM