Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pru Ke 14 Polis Siasat Empat Kes Salah Guna Kad Pengenalan Semasa Mengundi

Published: 11 May 2018 2.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Terengganu, 11 Mei - Polis akan menjalankan siasatan berhubung empat kes penyalahgunaan kad pengenalan sepanjang tempoh pengundian semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-ke-14-polis-siasat-empat-kes-salah-guna-kad-pengenalan-semasa-mengundi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:30 MYT

Kuala Terengganu, 11 Mei - Polis akan menjalankan siasatan berhubung empat kes penyalahgunaan kad pengenalan sepanjang tempoh pengundian semalam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata, kes tersebut dikesan apabila pemilik sah kad pengenalan gagal mengundi berikutan kad pengenalan mereka digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita menerima empat laporan daripada mangsa dari Dungun, Chukai, Gong Badak dan Manir.

"Dalam keempat-empat kes ini, kesemua mangsa tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana nama mereka dipotong dalam senarai pengundi. Ini bermakna wujud individu lain yang tidak dikenal pasti menyalahgunakan kad pengenalan mangsa untuk mengundi sebelum itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi berkata keempat-empat kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Aidi dalam pada itu berkata, sepanjang tempoh mengundi semalam, situasi keselamatan dan ketenteraman awam di seluruh Terengganu berada dalam keadaan aman dan harmoni sehingga tempoh pengiraan dan pengumuman keputusan.

"Walaupun penyokong parti politik mengetahui bahawa PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Terengganu dan akan mengambil alih kuasa pemerintahan kerajaan negeri.

"Namun, penyokong parti politik akur dengan nasihat dan arahan pihak polisuntuk tidak menimbulkan apa-apa kekacauan, dan tindakan yang matang serta profesional ini harus dipuji," katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 11 May 2018 2.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM