Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pru Ke 14 Polis N Sembilan Buka Dua Kertas Siasatan

Diterbitkan: 10 May 2018 12.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seremban, 10 Mei 2018 – Polis Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan membabitkan dua kes sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri ini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-ke-14-polis-n-sembilan-buka-dua-kertas-siasatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:16 MYT

Seremban, 10 Mei 2018 – Polis Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan membabitkan dua kes sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri ini semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata kertas siasatan pertama melibatkan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikesan membawa contoh kertas undi yang telah ditanda pangkah di luar sebuah pusat mengundi di Port Dickson.

“Kemungkinan ada pihak gunakan dia dan kita telah ambil keterangan individu terlibat untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kertas siasatan kedua membabitkan sebuah peti undi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said di Nilai yang dirampas dan dihempas sehingga pecah oleh sekumpulan lelaki sebaik ia tiba di pusat penjumlahan undi di Wisma Negeri, di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan ketika itu terkawal dengan anggotapolis yang berada di lokasi kejadian berjaya menenangkan suasana kekecohan itu.

Dalam pada itu, Noor Azam turut berterima kasih atas kerjasama yang diberikan semua pihak kepada polis sepanjang proses penamaan calon sehingga pengundian semalam selain yakin proses peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) di negeri ini akan berjalan dengan lancar.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 May 2018 12.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM