Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Santai Perkep Utk Bersama Pengerusi Perkep Kdn Ka

Published: 07 May 2017 11.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bukit Aman, 7 Mei 2017 – Satu Program Santai anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Unit Tindakhas (UTK) Bukit Aman pada kali ini telah mendapat sambutan yang amat meriah dan menggalakkan dengan penglibatan ahli keluarga serta kanak-kanak telah berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat UTK, Bukit Aman, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-santai-perkep-utk-bersama-pengerusi-perkep-kdn-ka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:56 MYT

Bukit Aman, 7 Mei 2017 – Satu Program Santai anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Unit Tindakhas (UTK) Bukit Aman pada kali ini telah mendapat sambutan yang amat meriah dan menggalakkan dengan penglibatan ahli keluarga serta kanak-kanak telah berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat UTK, Bukit Aman, hari ini.

Aktiviti yang bermula seawal sembilan pagi itu juga turut dihadiri oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datin Sri Hajjah Wan Safiah Haji Wan Salim.

Antara pengisian sepanjang program tersebut berlangsung adalah pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun, pertandingan karaoke, pertandingan memasak dan hiasan khemah tercantik yang diadili oleh barisan juri serta diselingkan dengan penyampaian hadiah kepada penerima cabutan bertuah.

Dalam ucapan Datin Sri, beliau telah menyatakan bahawa program pada hari ini merupakan satu lagi penanda aras kemajuan kepada PERKEP UTK serta PERKEP Jabatan KDN/KA agar dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam hubungan kekeluargaan.

“Saya berharap segala usaha yang telah dijalankan oleh UTK dapat membantu pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan atau di mana jua berada di dalam melaksanakan tugasan-tugasan bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman negara.

“Berkhidmat untuk negara khususnya di kawasan ESSZON merupakan satu amanah besar yang telah dipertanggungjawabkan kepada pegawai dan anggota UTK pada setiap masa,” ujar beliau dalam ucapannya.

“Oleh itu, saya ingin mengajak seluruh warga PERKEP untuk menghargai segala pengorbanan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para suami yang tercinta demi menjaga keselamatan dan ketenteraman negara selama ini,” tambah beliau.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi setiap kategori yang dipertandingkan, penyampaian cenderahati serta persembahan nyanyian.

Turut hadir sama program adalah Komander UTK, SAC Dato' Hazani Ghazali, Pengerusi PERKEP UTK, Datin Fadziah Abdul Hamid, Pengerusi PERKEP Pasukan Gerakan Am (PGA), Datin Pauline Arthur Mading, pegawai-pegawai kanan dan anggota UTK serta ahli keluarga.

IMG_0337
Ucapan perasmian oleh Komander Komander UTK, SAC Dato' Hazani Ghazali.

IMG_0323
Sekitar pertandingan mewarna kategori kanak-kanak.

IMG_0345
Komander UTK, SAC Dato' Hazani Ghazali beramah mesra bersama warga UTK.

IMG_0497
Sekitar ketibaan dan menandatangani buku pelawat oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datin Sri Hajjah Wan Safiah Haji Wan Salim.

IMG_0588
Sesi memberi markah semasa pertandingan memasak berlangsung.

IMG_0626
Sesi memberi markah semasa pertandingan memasak berlangsung.

IMG_0456
Sekitar pertndingan karaoke berlangsung.

IMG_0401
Sekitar pertandingan memasak berlangsung.

IMG_0715
Pengerusi PERKEP Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datin Sri Hajjah Wan Safiah Haji Wan Salim memberikan ucapan.


IMG_0711
Pengerusi PERKEP UTK, Datin Fadziah Abdul Hamid memberikan ucapan.

IMG_0747
Sekitar penyampaian hadiah berlangsung.

IMG_0722
Sekitar penyampaian hadiah berlangsung.





ArticlePublished 07 May 2017 11.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM