Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gaduh Depan Surau Polis Tahan Empat Individu

Diterbitkan: 08 May 2017 8.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 6 Mei 2017 - Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pukul seorang lelaki di hadapan sebuah surau di Taman Austin Perdana di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gaduh-depan-surau-polis-tahan-empat-individu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Johor Bahru, 6 Mei 2017 - Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pukul seorang lelaki di hadapan sebuah surau di Taman Austin Perdana di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk  Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua mereka yang berumur antara 21 dan 55 tahun itu ditahan di depan surau berkenaan pada pukul 1 pagi ini.

Katanya kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kejadian yang dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas di kawasan itu sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan seorang pemandu, telah menjadi tular di laman sosial semalam.

Ini berikutan tindakan sekumpulan lelaki dipercayai jemaah masjid didapati merusuh dan memukul pemandu terbabit setelah mangsa bertindak membunyikan hon ketika solat Jumaat sedang berlangsung.

Kamarul Zaman berkata orang ramai turut diingatkan agar tidak menyebarluaskan kejadian berkenaan dan mengeluarkan sebarang komen yang boleh mendatangkan kemudaratan.

"Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yg masih degil dengan menyemarakkan api kemarahan," katanya.

-- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 08 May 2017 8.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM