Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Rusli Bersara Selepas 39 Tahun Curah Khidmat Dalam Pasukan

Diterbitkan: 05 May 2017 2.17 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Selepas berkhidmat hampir 39 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Rusli Ahmad akhirnya meninggalkan bidang kepolisan yang telah sebati dalam diri beliau.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-rusli-bersara-selepas-39-tahun-curah-khidmat-dalam-pasukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT


Kuala Lumpur, 5 Mei 2017- Selepas berkhidmat hampir 39 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Rusli Ahmad akhirnya meninggalkan bidang kepolisan yang telah sebati dalam diri beliau.

Sebagai tanda penghargaan di atas khidmat bakti Dato’ Rusli selama ini, satu majlis Paluan Berundur sempena persaraannya telah diadakan di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, petang tadi yang melibatkan pegawai dan anggota pelbagai pangkat warga PDRM khususnya dari JPJKK, Bukit Aman.

Komisioner Polis Dato’ Rusli dilahirkan pada 8 Mei 1957 di Ulu Kinta Perak, telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Azmah Abd Karim dan dikurniakan 4 orang cahayamata.

Dengan latar belakang pendidikan Master of Laws dari Universiti Malaya, Dato’ Rusli memulakan kerjaya dalam PDRM sebagai Inspektor Percubaan pada 12 Februari 1978 sebelum diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pegawai penyiasat di Tawau, Sabah. Dato’ Rusli Ahmad dikenali sebagai seorang pegawai kanan yang tegas dalam menjalankan apa jua tugas yang diamanahkan kepada beliau.

Kewibawaannya tidak boleh disangkal dan sinar gaya kepimpinan beliau menyerlah semasa memegang jawatan sebagai Ketua Polis Johor padatahun 2015 dan memegang jawatan Ketua Urusetia KPN di Bukit Aman dan seterusnya memegang jawatan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Sebelum majlis berakhir, Dato’ Rusli bersama isteri diarak menggunakan kenderaan rasmi sebelum beliau menandatangani bukulawatan di bilikpengawal PULAPOL KL buat kali terakhir.

Jawatan yang ditinggalkan beliau akan diterajui oleh Dato’ Tajudin MD Isa yang pada juga sebelum ini menjawat jawatan KetuaUrusSetia KPN di Bukit Aman dalam satu majlis serah terima tugas jawatan tersebut awal pagi tadi di IbuPejabat Polis Bukit Aman.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan isteri, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dan isteri, barisan pengarah PDRM dan isteri serta dif-dif jemputan.

Seluruh warga PDRM mengucapkan “Selamat Bersara” dan ucapan setinggi terima kasih di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Dato' Rusli sepanjang perkhidmatan beliau di dalam PDRM.

Dato Rusli Bersara Selepas 39 Tahun Curah Khidmat Dalam PasukanPengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Rusli Ahmad menerima tabik hormat di pentas utama

Dato Rusli Bersara Selepas 39 Tahun Curah Khidmat Dalam PasukanPersembahan Pancaragam Pusat PDRM

Dato Rusli Bersara Selepas 39 Tahun Curah Khidmat Dalam Pasukan
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Rusli Ahmad mengetuai persembahan Pancaragam Pusat PDRM

Dato Rusli Bersara Selepas 39 Tahun Curah Khidmat Dalam Pasukan
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Rusli Ahmad bersama isteri diarak menaiki kenderaan istiadat menuju ke bilik pengawal PULAPOL KL

Dato Rusli Bersara Selepas 39 Tahun Curah Khidmat Dalam Pasukan
Sekitar sebelum Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Rusli Ahmad bersama isteri meninggalkan majlis

ArtikelDiterbitkan 05 May 2017 2.17 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM