Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Rentetan daripada insiden kematian jurukamera BernamaTV, pagi ini bertempat Dewan Wawasan Perdana, Markas SMART, Pulau Meranti, Cyberjaya, Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri buat julung..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-perlindungan-keselamatan-peribadi-dan-bantuan-kecemasan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:06 MYT
Cyberjaya - 01 November 2011

Pada 02 September 2011, negara dikejutkan dengan kematian seorang jurukamera Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 41, selepas terkena tembakan di bahu menembusi paru-paru beliau semasa menyertai liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia. 

Rentetan daripada insiden tersebut, pagi ini bertempat Dewan Wawasan Perdana, Markas SMART, Pulau Meranti, Cyberjaya, Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri buat julung kalinya telah menganjurkan Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan kepada 80 orang peserta dari Badan-Badan Kerajaan dan NGO yang secara langsungnya terlibat dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Menjayakan program sulung ini adalah Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Selayang dan United Akrab Teach Sdn. Bhd.

Y.Bhg Datuk Mohamed Thajudeen bin Abdul Wahab, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara telah merasmikan program pada pagi ini. Turut hadir Y.Bhg Encik Ogu Salim bin Omar, Setiausaha Bahagian Pengurusan Bencana Majlis Keselamatan Negara, Supt. Shahrin bin Ahmad, Bahagian Pengurusan Bencana MKN, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Bantuan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, MERCY Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyalamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Special Malaysia Search And Rescue Team (SMART) dan wakil-wakil Media.

Program dimulakan dengan sesi Taklimat 1 oleh ASP Mohd Shukor bin Yusof, Ketua Jurulatih Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am PDRM dengan tajuk 'Mission Experience'. Taklimat mendedahkan kepada para peserta tentang pengalaman ketika menjalani misi bantuan kemanusiaan di luar negara.

Objektif utama taklimat ini adalah bagi menyediakan garis panduan keselamatan asas untuk membantu diri sendiri ketika menghadapi situasi tegang, sekali gus meningkatkan kesedaran keselamatan semasa berada di negara konflik. Setelah selesai taklimat, satu demonstrasi dipertontonkan kepada peserta-peserta di perkarangan letak kereta, Markas SMART. Demonstrasi berkaitan teknik-teknik menyelamatkan diri ketika menghadapi serangan hendap serta tatacara perlindungan keselamatan diri yang dibawakan oleh Jurulatih Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, PDRM.

Sesi taklimat 2 pula dibawakan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Mohamed Alwi bin Haji Abdul Rahman, Pakar Perubatan Kecemasan dan Pengurusan Bencana, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang bertajuk 'Bantuan  Kecemasan/Medic/Gunshot Wounds'. Taklimat ini mendedahkan para peserta mengenai jenis-jenis bantuan kecemasan ketika berhadapan dengan luka tembakan, letupan bom, akibat kimia dan sebagainya ketika menjalankan tugas misi kemanusiaan.

Seterusnya disusuri oleh demonstrasi 'Ceasar/ Human Simulator oleh United Akrab Teach Sdn. Bhd. Di akhir program, para peserta turut menjalani latihan amali di Perkarangan Letak kereta, Markas SMART. 


Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Ucapan Perasmian, Y.Bhg. Datuk Mohamed Thajudeen bin Abdul Wahab, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Superintenden Shahrin bin Ahmad, Bahagian Pengurusan Bencana MKN menceritakan pengalaman beliau ketika menyertai misi kemanusiaan di luar negara

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Y.Bhg. Datuk Dr. Mohamed Alwi bin Hj. Abdul Rahman, Pakar Perubatan Kecemasan & Pengurusan Bencana, Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Selayang menyampaikan taklimat..

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Ketua Jurulatih, ASP Mohd Syukor bin Yusof dari Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Ulu KInta menyampaikan taklimat bertajuk 'Mission Experience'

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Wakil-wakil daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia..

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Dari Hospital Kuala Lumpur dan rakan-rakan media...

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Demonstrasi dari United Akrab Tech Sdn. Bhd

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
"Kekuatan semangat dan kewarasan pemikiran adalah kunci utama ketika kita berada di dalam situasi ini", ujar Y.Bhg Datuk Dr. Mohamed Alwi bin Haji Abdul Rahman.

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Demonstrasi menggunakan Human Simulator dan Portable Integrated Life-Support System. Peralatan yang canggih ini sesuai untuk latihan bantuan kecemasanm

Demonstrasi serangan hendap dan teknik/tatacara perlindungan keselamatan diri

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Peserta-peserta program mendengar taklimat dari ASP Mohd Syukor bin Yusof

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Ingin mencuba..topi keselamatan kepada wakil dari MERCY Malaysia

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Membantu rakan memakai topi keselamatan..

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Baju kalis peluru jenama Spectra Shield II

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Teknik Pergerakan apabila di serang hendap...untuk mencari tempat perlindungan, Lari Monyet

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Lari Membongkok

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Berjalan Hantu

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Rangkak Budak...

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Rangkak Merusuk

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Rangkak Perut..

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Perlindungan di tempat tinggi apabila berlaku serangan hendap...

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Perlindungan di tempat sederhana

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Tempat rendah...

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Tempat nipis..

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Teknik perlindungan di kenderaan apabila serangan hendap datang dari sebelah kanan

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Perlindungan di kenderaan apabila serangan hendap dari sebelah kiri

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Serangan hendap dari hadapan

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Serangan hendap dari belakang...

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Gabungan jenis-jenis pergerakan keluar dari kenderaan yang di serang hendap dan mencari tempat perlindungan...

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Taklimat sebelum Latihan Amali oleh peserta kursus...

Gambar-gambar Latihan Amali oleh peserta kursus
Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan

Program Perlindungan Keselamatan Peribadi Dan Bantuan Kecemasan
Peserta Program Perlindungan Keselamatan Peribadi dan Bantuan Kecemasan bergambar kenangan di perkarangan Markas SMART Malaysia


Wartawan  : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto    : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM