Artikel
Batalion 19 Pasukan Gerakan Am Antara Nkra Catat Kejayaan Selesai Kes Jenayah
Seperti yang sedia kita maklum, Batalion 19 PGA telah terlibat dengan penugasan NKRA bermula bulan Mei, tahun ini. Dalam tempoh tersebut, banyak kejayaan yang...
Kuala Lumpur - 3 November 2011
"Seperti yang sedia kita maklum, Batalion 19 PGA telah terlibat dengan penugasan NKRA bermula bulan Mei, tahun ini. Dalam tempoh tersebut, banyak kejayaan yang telah kita perolehi contohnya dadah, curi kereta dan sebagainya. Syabas dan tahniah kepada semua", YDH Supt. Amir Hassan bin Bistamam, Pegawai Pemerintah Batalion 19, memberikan kata semangat kepada semua anggota-anggota bawahan yang hadir pada Perhimpunan Bulanan Pegawai Pemerintah Batalion yang berlangsung di Bangunan Separa Kekal, Batalion 19, Cheras, pagi ini.
Turut hadir adalah DSP Manoraj A/L Appookutty, Penolong Pegawai Pemerintah Operasi Batalion 19, DSP Mohd Taufik bin Maidin, Ketua-ketua Kompeni, Pegawai-pegawai Kanan, Penyelia-penyelia Kanan dan Anggota-anggota Batalion 19, Pasukan Gerakan Am.
"Penjagaan kesihatan yang baik adalah penting khususnya kita yang berkhidmat sebagai pasukan keselamatan. Saya turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan perhimpunan bulanan pada pagi ini. Kepada semua anggota yang telah menikmati kemajuan pangkat Koperal 'Time Base', syabas dan tahniah. Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Korban dan Selamat Hari Deepavali", YDH Pegawai Pemerintah Batalion 19 mengakhiri ucapan beliau.
Majlis pagi ini turut menyaksikan penyampaian Surat Penghargaan daripada Pegawai Pemerintah Batalion 19 di atas kecemerlangan tugas yang telah dipamerkan semasa melaksanakan tugas-tugas NKRA. Selesai penyampaian Surat Penghargaan itu, majlis menyaksikan seramai 15 anggota Batalion 19 menerima pangkat Koperal secara 'Time Base'. Penyematan pangkat disempurnakan oleh wakil keluarga anggota dan isteri anggota masing-masing.

Ketibaan Pegawai Pemerintah Batalion 19 disambut oleh Pegawai Kanan Batalion 19

Pegawai Pemerintah Baris melaporkan kehadiran...

Bacaan doa dibacakan oleh Encik Shaifullah bin Jamaluddin

Antara yang hadir
Penyampaian Surat Penghargaan

Pemakaian Pangkat dan penyampaian Sijil kepada penerima pangkat 'Time Base'

Jamuan ringan di Dataran Bangunan Separa Kekal
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan