Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Amaran Usah Sertai Program Seksualiti Merdeka 2011 Timbalan Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Menyifatkan program seumpama itu jelas bertentangan dengan undang-undang negara ini, beliau menasihatkan penganjur serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat untuk meneruskan program-progra..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/amaran-usah-sertai-program-seksualiti-merdeka-2011-timbalan-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:47 MYT

Sungai Besi , 3 November - "Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri apa-apa juga program yang dianjurkan oleh penganjur ini," tegas YDH Timbalan Ketua Polis Negara dalam sidang media yang diadakan di Unit Udara PDRM di Sungai Besi, hari ini.


Menyifatkan program seumpama itu jelas bertentangan dengan undang-undang negara ini, beliau menasihatkan penganjur serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat untuk meneruskan program-program ini agar menghentikannya dan meneliti semula faedah dan kepentingannya kepada masyarakat serta tidak memandang remeh perkara-perkara yang melanggar undang-undang negara.


Tiada Program Seumpamanya Akan Diadakan


Mengulas kenyataannya itu, bermula hari ini, pihak polis telah memberikan arahan agar pihak-pihak terbabit menghentikan segala usaha-usaha mereka untuk meneruskan program ini dan penganjur-penganjur program terbabit akan dipanggil selepas ini untuk disiasat di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis.


Setakat ini, sebanyak 17 NGO daripada persatuan-persatuan pengamal agama Islam, Kristian dan Buddha serta dua laporan polis telah dibuat bagi menyuarakan bantahan terhadap penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 ini.


"Polis tidak bertindak menentang hak asasi orang awam untuk bersuara namun apabila ianya sudah melanggar undang-undang dan bertentangan dengan ajaran pelbagai agama di negara ini., tindakan perlu diambil bagi menghentikan usaha-usaha pihak terbabit bagi memastikan ketenteraman awam dikekalkan," ujarnya lagi.


Turut hadir pada hari ini, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM, YDH SAC Dato' Amar Singh a/l Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan pihak-pihak media.


Amaran Usah Sertai Program Seksualiti Merdeka 2011 Timbalan Ketua Polis Negara
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH CP Dato' Salleh Bin Mat Rasit (5 dari kiri) dan YDH DCP Dato' Amar Singh A/L Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur(kiri) hadir dalam sidang media yang diadakan di Unit Udara PDRM Sungai Besi...
 
Amaran Usah Sertai Program Seksualiti Merdeka 2011 Timbalan Ketua Polis Negara
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar Dan YDH CP Dato' Salleh Bin Mat Rasit ketika sidang media berlangsung....
 
Amaran Usah Sertai Program Seksualiti Merdeka 2011 Timbalan Ketua Polis Negara
Antara wartawan yang turut hadir....

Amaran Usah Sertai Program Seksualiti Merdeka 2011 Timbalan Ketua Polis Negara
YDH CP Dato' Salleh Bin Mat Rasit ditemuramah wartawan...

Amaran Usah Sertai Program Seksualiti Merdeka 2011 Timbalan Ketua Polis Negara
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar sempat beramah mesra dengan para wartawan yang hadir...

Amaran Usah Sertai Program Seksualiti Merdeka 2011 Timbalan Ketua Polis Negara
'MESRA...

Wartawan: L/kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM