Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Antara acara yang diadakan ialah permainan tradisional seperti sepak raga ratus, tarik tali, ketinting, lompat untai gelang, congkak batu seremban,..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-merakyatkan-seni-budaya-badan-beruniform-negeri-selangor-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:05 MYT

Ampang - 10 Januari 2009. Balai Polis Hulu Kelang, Selangor telah dipilih oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KPKKW) untuk menjayakan Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008. Program ini adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Selangor dan pihak IPD Ampang Jaya bertindak sebagai tuan rumah dengan menyediakan peralatan, tempat dan menyususn atur program tersebut.

Majlis Perasmian Bersama telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Mohammed bin Mohd Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KPKKW) dan YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor. Hadir sama dimajlis tersebut ialah YDH SAC I Dato' Jamshah bin Mustapa, Timbalan Ketua Polis Selangor, Y.Bhg Dato' Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, YDH ACP Abdul Jalil bin Hassan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, anggota serta ahli keluarga. 

Antara acara yang diadakan ialah permainan tradisional seperti  sepak raga ratus, tarik tali, ketinting, lompat untai gelang, congkak batu seremban, dan galah panjang. Acara lain yang diadakan ialah pertandingan nyanyian lagu asli, gubahan bunga dan masak, , cabutan bertuah, melukis, senam seni dan pertunjukkan tradian tradisional. Selain itu juga, warga daerah Ampang jaya bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan dan mengadakan rewang memasak.

Program Merakyatkan Seni bererti seni budaya itu dibawa ketengah-tengah masyarakat untuk dipamerkan dan dipersembahkan agar masyarakat dapat melihat dari dekat warisan seni budaya bangsa dalam bentuk persembahannya. Program ini juga berperanan sebagai landasan meningkatkan kecintaan dan penghayatan masyarakat terhadap seni budaya bangsa, sekaligus mempertahankan amalan murni yang disanjung sejak zaman berzaman. Bukan sahajaa menjadi wadah perpaduan pelbagai kaum, bahkan program ini akan menjadi pemangkin titian silaturahim antara manusia, pembentukan masyarakat yang harmoni dan hidup dalam kerukunan budaya dan adat resam. 

Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008
Ketibaan Y.Bhg. Dato' Mohammed bin Mohd Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KPKKW) dan isteri telah disambut oleh YDH Ketua Polis Selangor.

Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008
Majlis Perasmian Bersama antara Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KPKKW) dan Polis Diraja Malaysia.

Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008
Acara melukis/mewarna kanak-kanak.

Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008
Pertandingan Sepak Raga Ratus

Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008
Ketinting...

Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008
Johan acara pertandingan nyanyian lagu asli

Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008
Pertandingan Congkak

Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008
Pertandingan Galah Panjang...

Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008
Bersemangat ....acara tarik tali

Program Merakyatkan Seni Budaya Badan Beruniform Negeri Selangor 2008
Lompat untai gelang

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM