Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Markas Tektikal Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.01 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Kuala Terengganu - Sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen P.36 Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17 Januari 2009, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar sejumlah pegawai dan anggot..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/markas-tektikal-pilihan-raya-kecil-kuala-terengganu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:50 MYT

Kuala Terengganu - Sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen P.36 Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17 Januari 2009, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar sejumlah pegawai dan anggota untuk bertugas dalam pilihan raya kecil kali ini.

Pihak Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memutuskan kesemua petugas untuk menggunakan Markas Tektikal (Martek) sebagai penempatan sementara. Terdapat empat Markas Tektikal (MARTEK) yang telah disediakan iaitu Markas Tektikal (MARTEK) N14 DUN Bandar, Markas Tektikal (MARTEK) N15 DUN Ladang, Markas Tektikal (MARTEK) N16 DUN Batu Buruk dan Markas Tektikal (MARTEK) N13 DUN Wakaf Mempelam.

Markas ini menempatkan semua keperluan logistik bagi keberkesanan komunikasi, persenjataan dan pengangkutan di samping tempat penginapan berkelompok bagi mewujudkan semangat setiakawan dan kebajikan di kalangan petugas.

Markas Tektikal (MARTEK) N14 DUN Bandar


Markas Tektikal Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu   Markas Tektikal Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu  
Markas Tektikal Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu

Markas Tektikal (MARTEK) N14 DUN Bandar, diketuai oleh Komander Zon, Supt. Dahlan Mohd Noor dibantu oleh DSP Ab. Rahim Ab. Razak dan ASP Yazid Mohd Yew.


Markas Tektikal (MARTEK) N15 DUN Ladang


Markas Tektikal Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu  
Markas Tektikal Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu



Markas Tektikal (MARTEK) N15 DUN Ladang, diketuai oleh Komander Zon Supt Abdullah Sani Salat dibantu oleh DSP Amran Hj Ramli dan ASP Che Affendy Che Jusoh.

Markas Tektikal (MARTEK) N16 DUN Batu Buruk
Markas Tektikal Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu
Markas Tektikal Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu

Markas Tektikal (MARTEK) N16 DUN Batu Buruk, diketuai oleh Komander Zon Supt. Roslan Hj Wahid dibantu oleh DSP Tg Hamzah Tg Abdullah, ASP Aluwi Husin.

Markas Tektikal (MARTEK) N17 DUN Wakaf Mempelam


Markas Tektikal Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu  
Markas Tektikal Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu



Markas Tektikal (MARTEK)  N13 DUN Wakaf Mempelam, diketuai oleh Komander Zon, Hj Kamarudin Mohd Zakaria dibantu oleh DSP Shaik Othman Abdul Hamid dan ASP Suhaimi Ismail.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.01 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM