Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia
Bukit Aman - 23 Julai 2010. Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) dengan kerjasama PERKEP Malaysia telah menganjurkan satu program ceramah Kemahiran Keibubapaan yang bertempat di auditorium Menara 1, Bukit Aman. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Pengerusi PERKEP, YDH Puan Sri Hjh Suryati Md. Sobri.
Program ceramah ini telah menjemput tiga penceramah khas iaitu Dr. Toh Chin Lee, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital selayang, Dr. Nurulwafa Hussain, Pakar Psikiatri Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Selayang dan Dr. Selve Singam a/l Ratna Singam, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Selayang. Tiga slot ceramah telah dikongsikan kepada peserta program yang bertajuk "Kemahiran Keibubapaan Yang Efektif", "Pengurusan Stress Bagi Ibu Bapa", dan "Gila-Gila Remaja".
Seawal jam 10.00 pagi juruacara program Cik Faradillah Rosli daripada Penolong Pegawai Psikologi BAKA mengumumkan ketibaan para penceramah diteruskan dengan doa oleh En. Mohd. Nazrull b. Ahmad, Penolong Pegawai Psikologi BAKA.
Objektif utama penganjuran program ini dapat menyalurkan ilmu terkini mengenai kemahiran keibubapaan dalam melahirkan anak-anak cemerlang disamping memberi kesedaran tentang stress yang dialami ibu bapa dalam mendidik anak-anak serta cara menanganinya. Selain daripada itu, program ini membolehkan ibu bapa dapat mengenalpasti keperluan perhatian anak-anak mereka serta mengaplikasi pendekatan psikologi dan kaunseling dalam mendidik anak-anak.
Ceramah selama dua jam setengah ini amat berguna terutama sekali ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan kerjaya. Selain dapat memupuk kesedaran ia juga dapat membuka jalan kepada mereka agar bertindak bijak dalam menguruskan hal rumahtangga.

Dr.
Toh Chin Lee, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Selayang
dengan slot ceramah beliau "Kemahiran Keibubapaan Yang Efektif".

Dr.
Selve Singam a/l Ratna Singam dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan
Mental Hospital Selayang dengan slot ceramah beliau "Gila-Gila Remaja".

Antara peserta yang menyertai program ceramah.

YDH Puan Sri Hjh Suryati Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia bersama dengan barisan penceramah program.
Dr.
Nurulwafa Hussain, Pakar Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental
Hospital Selayang menerima cenderahati daripada Puan Sri Hjh Suryati Md.
Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia

Dr. Toh Chin Lee menerima cenderahati sebagai kenang-kenangan.
Puan Sri Hjh Suryati Md. Sobri bergambar tanda kenang-kenangan bersama dengan para penceramah dan AJK penyelaras program.