Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Penerapan Nilai Nilai Islam

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) telah menganjurkan Program Penerapan Nil..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-penerapan-nilai-nilai-islam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:44 MYT

Bukit Aman - 27 Julai 2010. Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) telah menganjurkan Program Penerapan Nilai-Nilai Islam di Auditorium Menara 1 PDRM, Bukit Aman pada pagi ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fahrurradzi Bin Sahibul Ghani.

Ucapan Alu-aluan pagi ini telah disampaikan oleh Ustaz Azman Bin Mat Hassan, Pegawai Hal Ehwal Islam (Dakwah/Penerbitan), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Turut hadir ialah DSP Hj Abu Bakar Bin Kamaruddin (Pentadbiran) Bahagian Agama dan Kaunseling Bukit Aman, Pegawai-pegawai Kanan serta kakitangan awam PDRM Bukit Aman.

Ceramah telah disampaikan kepada hadirin yang hadir, bertajuk "Penyucian Rezeki Sumber Pemantapan Rohani" oleh Ustaz Fahmi bin Hj. Ismail, Ketua Unit Tindakan Khas PPZ MAIWP dan "Koreksi Anggota Tujuh" oleh Tuan Haji Mohammad Ansarrullah bin Mohd Hashim, Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan & Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.

Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman tentang nilai-nilai Islam yang universal untuk diamalkan oleh setiap warga PDRM selain merapatkan hubungan warga PDRM dalam majlis percambahan fikiran dan kesepaduan fikrah.

Program Penerapan Nilai Nilai Islam
Program Penerapan Nilai-Nilai Islam anjuran Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) ini diadakan di Auditorium Menara 1 PDRM Bukit Aman dengan kerjasama dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Program Penerapan Nilai Nilai Islam
Ustaz Fahmi bin Hj. Ismail Ketua Unit Tindakan Khas, PPZ MAIWP semasa sesi ceramah yang pertama bertajuk "Penyucian Rezeki Sumber Pemantapan Rohani".

Program Penerapan Nilai Nilai Islam
Tuan Hj. Mohammad Ansarrullah bin Mohd Hashim, Pen. Setiausaha Bahagian Keselamatan & Ketenteraman Awam, KDN semasa sesi ceramah kedua yang bertajuk "Koreksi Anggota Tujuh".

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM