Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Taklimat Opsyen Pertukaran Ketua Perkhidmatan Kementerian Dalam Negeri Peringkat Bukit Aman

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 1,440 Pegawai Awam yang bertugas di semua Jabatan di Bukit Aman telah terlibat di dalam taklimat tersebut yang bermula 19 hingga 22 Julai 2010..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taklimat-opsyen-pertukaran-ketua-perkhidmatan-kementerian-dalam-negeri-peringkat-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:34 MYT
Bukit Aman - 22 Julai 2010. Taklimat Opsyen Pertukaran Ketua Perkhidmatan  PDRM daripada Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bagi 4 skim Perkhidmatan Pegawai Awam iaitu  Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Tadbir (Kewangan), Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat dan Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian Dalam Negeri, Peringkat Bukit Aman telah di adakan di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman.

Y.Bhg Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah menyampaikan perutusan khas kepada kakitangan awam semua jabatan di Bukit Aman pada pagi ini. 

Hadir sama di taklimat itu ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato' Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahya, Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awan dan YDH SAC Dato' Ahmad bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan)

Turut hadir ialah YDH Datuk Seri, Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan KDN dan JPA serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Polis Diraja Malaysia bersama Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam sedang melaksanakan 'Road Show Taklimat Opsyen' pertukaran Ketua Perkhidmatan melibatkan 4 skim, bermula 2 hingga 22 Julai 2010.

Taklimat Opsyen  di seluruh Jabatan/Kontinjen/Briged/Formasi dalam PDRM melibatkan seramai 5,967 orang Pegawai Awam manakala taklimat Opsyen di peringkat Bukit Aman telah bermula pada 19 Julai yang lalu dan hari ini adalah sesi terakhir. Diperingkat Bukit Aman, seramai 1,440 Pegawai Awam yang bertugas di semua Jabatan di Bukit Aman telah terlibat di dalam taklimat tersebut.

Taklimat disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Dalam Negeri dan juga dari Polis Diraja Malaysia.

"Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau, biarlah apa opsyen jadi pilihan, apa yang perlu diutamakan adalah perkhidmatan kita mestilah terus cemerlang, gemilang dan terbilang" kata-kata YDH Timbalan Ketua Polis Negara ketika menyampaikan ucapan.

Taklimat Opsyen Pertukaran Ketua Perkhidmatan Kementerian Dalam Negeri Peringkat Bukit Aman
Ucapan alu-aluan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Taklimat Opsyen Pertukaran Ketua Perkhidmatan Kementerian Dalam Negeri Peringkat Bukit Aman
Perutusan Khas oleh Y.Bhg Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Taklimat Opsyen Pertukaran Ketua Perkhidmatan Kementerian Dalam Negeri Peringkat Bukit Aman
Antara YDH Pengarah-pengarah serta Timbalan-timbalan Pengarah yang turut hadir

Taklimat Opsyen Pertukaran Ketua Perkhidmatan Kementerian Dalam Negeri Peringkat Bukit Aman
Antara kakitangan awam dari semua jabatan di Bukit Aman yang hadir...

Taklimat Opsyen Pertukaran Ketua Perkhidmatan Kementerian Dalam Negeri Peringkat Bukit Aman
Encik Johanul dari Pusat Bekalan PDRM, Shah Alam mengajukan beberapa soalan kepada Y.Bhg Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM