Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Comunity Policing Ipd Serdang

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program Community Policing yang bertemakan 'Hati ke Hati' telah diadakan di Giant Hypermarket di mana Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak bin Elias turut turun padang untuk berjumpa dengan masya..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-comunity-policing-ipd-serdang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:40 MYT
Serdang - 23 Oktober 2010. Satu program Community Policing dari IPD Serdang telah dilangsungkan di Giant Hypermarket Putra Permai, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor dengan kerjasama dari pihak Giant Hypermarket. Program yang bertemakan 'Hati ke Hati' ini dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Serdang sendiri iaitu Supt Abd Razak bin Elias dan Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, DSP Lam Chien Fei serta Ketua-ketua Bahagian dari IPD Serdang, juga dihadiri beberapa individu jemputan dari Kelab Community Policing IPD Subang Jaya.

Program 'Hati ke Hati' ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat berinteraksi dengan polis di samping masyarakat boleh memberikan sebarang pendapat, cadangan dan komen berkaitan dengan perkhidmatan polis khususnya di IPD Serdang yang baru berusia 3 bulan ini. Program ini juga adalah salah satu pendekatan kepada konsep 4P yang telah dilancarkan oleh YDH Ketua Polis Negara pada 30 September 2010, iaitu salah satu hala tuju PDRM di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara sebagai kesinambungan kepada Misi dan Visi PDRM.

Di program ini juga, masyarakat boleh memberi maklumbalas kepuasan hati mereka terhadap perkhidmatan yang telah dilaksanakan oleh IPD Serdang didalam 'Borang Kaji Selidik' yang diedarkan semasa program ini berjalan. Selain itu, masyarakat juga boleh menyalurkan sebarang maklumat jenayah dikaunter-kaunter yang disediakan dan mendaftar sebagai ahli Rakan Cop.

Selain itu, terdapat juga pameran daripada Bahagian Narkotik, Jenayah Komersil dan Jabatan Siasatan Jenayah serta pertunjukan demonstrasi seni mempertahankan diri (SMD) dari PULAPOL Kuala Lumpur. Unit Berkuda PDRM juga turut mengambil bahagian dalam program ini. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung-pengunjung pasaraya dan ini menunjukkan hasil yang positif terhadap hubungan polis dan masyarakat.

Dengan semangat Gagasan 1Malaysia, program ini diharap akan mengeratkan lagi hubungan baik polis dengan masyarakat yang telah terjalin sekian lama, menanamkan amalan persefahaman dan perpaduan yang jitu diantara masyarakat yang berbilang kaum.

Program Comunity Policing Ipd Serdang
Turun padang.. Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak bin Elias dan Timbalan beliau, DSP Lam Chien Fei bersemuka dengan masyarakat dan mendengar sebarang pandangan dan pendapat yang diajukan..

Program Comunity Policing Ipd Serdang
Ketua-ketua Bahagian dari IPD Serdang di 'Kaunter Maklumbalas' untuk bersemuka dengan pelanggan..

Program Comunity Policing Ipd Serdang
Kelab Community Policing IPD Subang Jaya turut hadir di program ini..

Program Comunity Policing Ipd Serdang
Kaunter Maklumbalas yang dibuka, mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung-pengunjung pusat membeli-belah ini..
 
Program Comunity Policing Ipd Serdang
Layanan yang mesra pelanggan dari Kaunter Maklumbalas..

Program Comunity Policing Ipd Serdang
Pengunjung sangat tertarik dengan pameran yang ada..

Program Comunity Policing Ipd Serdang
Demonstrasi jenayah ragut dan rogol menarik perhatian pengunjung..

Program Comunity Policing Ipd Serdang
Antara aksi menarik semasa demonstrasi jenayah ragut dan rogol di mana anggota polis menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri untuk menumpaskan penjenayah..

Program Comunity Policing Ipd Serdang
Barisan pelakon dari PULAPOL Kuala Lumpur yang telah menjayakan demonstrasi jenayah ragut dan rogol semasa program Community Policing ini.

Program Comunity Policing Ipd Serdang
Unit Berkuda PDRM turut mengambil bahagian di Program Community Policing 'Hati ke Hati'.

Program Comunity Policing Ipd Serdang
Dari kiri..Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, DSP Lam Chien Fei dan Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abd Razak bin Elias semasa Sidang Media
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM