Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Pencegahan Jenayah Majlis Muhibbah Kg Medan

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menyempurnakan Perasmian Program Pencegahan Jenayah/Majlis Muhibbah Kg Medan, Petaling Jaya malam ini..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-pencegahan-jenayah-majlis-muhibbah-kg-medan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT

Petaling Jaya - 23 Oktober 2010. YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menyempurnakan Perasmian Program Pencegahan Jenayah/Majlis Muhibbah Kg Medan, Petaling Jaya petang ini, di Dewan Serbaguna 4/19 Indah Jaya, Petaling Jaya Selangor.

Program Pencegahan Jenayah/Majlis Muhibbah Kg Medan ini adalah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Malaysia Crime Prevention Foundation) dengan kerjasama Kontinjen Selangor.

Turut hadir di program tersebut ialah YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Jeffrey Cheah, Pengerusi MCPF Selangor, YBHG. Datuk Muhammad Fuad bin Talib, Exco MCPF Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program, YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Thaiveegan a/l Arumugam, Pemangku Ketua Polis Selangor, YBhg. Dato' Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Pengurusan Mydin Mall USJ 1, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai kanan PDRM serta penceramah-penceramah dan dif-dif jemputan.

Pada hari ini, semua pihak sependapat bahawa Pasukan Polis tidak mampu untuk bergerak dan bertindak bersendirian dalam melaksanakan usaha mencegah jenayah. Justeru itu, kerjasama dan sokongan masyarakat untuk menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman serta keamanan sangat diperlukan.

Program Pencegahan Jenayah dan Majlis Muhibbah bersama penduduk Kg Medan, Petaling Jaya malam ini adalah satu inisiatif yang sangat murni, sejajar dengan visi PDRM' Sebagai sebuah agensi penguatkuasa utama yang berintegriti, kompeten dan komited untuk bekerjasama dengan masyarakat'.

Para pengkaji Sains Kepolisan juga turut berpendapat betapa pentingnya penyertaan orang ramai untuk mengurangkan kejadian jenayah, sebagaimana Jane Jacobs dalam bukunya 'The Death And Life Of Great American Cities' berkata 'The first thing to understand is that public peace...of cities is not kept by police...it is kept primarily by an intricate, almost unconscious network of voluntary controls and standard among the people...and enforced by the people'.

"Jelaslah, pencegahan jenayah akan menjadi lebih berkesan dengan adanya penyertaan, penglibatan dan komitmen yang lebih serius oleh semua golongan dan peringkat dalam masyarakat di negara ini, dalam erti kata lain, mencegah jenayah adalah tanggungjawab bersama''. kata YDH Ketua Polis Negara semasa ucapan perasmiannya.

'Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan membulatkan tekad untuk mewujudkan satu suasana yang aman dan selamat. Sokonglah sepenuhnya aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah yang dianjurkan oleh PDRM dan MCPF serta mana-mana pihak yang ingin melihat kemakmuran dan kesejahteraan negara terus kekal aman".

Bagi mencapai kearah langkah pencegahan jenayah yang efektif di seluruh negara, kerjasama daripada masyarakat umum adalah amat penting, sebagaimana menurut Sir Robert Peel, 'Dalam menyelesaikan masalah jenayah, ia memerlukan penglibatan aktif daripada komuniti itu sendiri'. Budaya tanggungjawab sosial (social responsibility) dan tanggungjawab bersama yang telah sekian lama dipupuk antara polis dan masyarakat, mampu dibudayakan dalam kehidupan masyarakat di sini, bagi melahirkan sifat tanggungjawab bersama yang lebih realistik dan konsisten.

'Marilah kita sama-sama jadikan pencegahan jenayah sebagai satu budaya yang akan menjadi ikutan oleh generasi akan datang dan jadikanlah usaha ini sebagai salah satu tuntutan kehidupan dan amalan yang akan terus berakar umbi di dalam diri dan sanubari kita" akhiri ucapan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Pada sebelah pagi, Sunway Medical Centre telah mengadakan saringan kesihatan percuma di Dewan Serbaguna dan juga pertandingan bola sepak dan bola jaring  untuk pemuda pemudi Taman Medan. Pihak Mydin  Mall USJ juga bermurah hati menyediakan 'goodies' kepada setiap orang yang hadir dan seramai enam orang tua dari daerah Petaling Jaya telah menerima sumbangan dan hamper.

Di program tersebut juga, YBhg. Prof Dr. Lim Swee Tin dari Universiti Putra Malaysia telah mendeklamasikan sajak serta nazam memgenai perpaduan dan kepimpinan baru PDRM serta 'kasih ayah dan ibu' sementara ceramah motivasi dan pencegahan jenayah pula disampaikan oleh YBhg. Dr Mariam binti Omar dari Universiti Islam Antarabangsa dan ACP Zulkifli bin Mohamed dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Program Pencegahan Jenayah Majlis Muhibbah Kg Medan
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Program Pencegahan Jenayah/Majlis Muhibbah Kg Medan, Petaling Jaya

Program Pencegahan Jenayah Majlis Muhibbah Kg Medan
Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir bersama penduduk Kg Medan

Program Pencegahan Jenayah Majlis Muhibbah Kg Medan
Kata-kata aluan oleh YBHG. Datuk Muhammad Fuad bin Talib, Exco MCPF Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program

Program Pencegahan Jenayah Majlis Muhibbah Kg Medan
Ucapan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Jeffrey Cheah, Pengerusi MCPF Selangor

Program Pencegahan Jenayah Majlis Muhibbah Kg Medan
Ucapan Perasmian oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Program Pencegahan Jenayah Majlis Muhibbah Kg Medan
'Polis mempunyai dua wajah, salah satunya ialah wajah harimau, sebagaimana yang ada di lambang Polis Diraja Malaysia' antara kata-kata yang penuh semangat oleh YDH Ketua Polis Negara.

Program Pencegahan Jenayah Majlis Muhibbah Kg Medan
Nazam 'Kasih Ayah dan Ibu' oleh Prof Dr. Lim Swee Tin dari Universiti Putra Malaysia, menyentuh hati semua hadirin yang hadir...

Program Pencegahan Jenayah Majlis Muhibbah Kg Medan
Cenderahati disampikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Jeffrey Cheah, potret YDH Ketua Polis Negara

Program Pencegahan Jenayah Majlis Muhibbah Kg Medan
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Cif Inspektor Khairuzani bin Mohd Zain, dari cawangan Trafik Kuala Lumpur yang telah meninggal dunia semasa menjalankan tugas membanteras samseng jalanan

Program Pencegahan Jenayah Majlis Muhibbah Kg Medan
ACP Zulkifli bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Urus Setia JSJ Bukit Aman memyampaikan ceramah pencegahan jenayah

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM