Artikel
Majlis Interaksi Kementerian Dalam Negeri Bersama Pesara Bekas Polis
Satu Majlis Interaksi Kementerian Dalam Negeri Bersama Pesara Dan Bekas Polis telah berlangsung di dewan orang ramai Taman Koperasi Polis Fasa II, pagi ini. Ma...
Kuala Lumpur - 23 Oktober 2010. Kementerian Dalam Negeri telah menganjurkan Majlis Interaksi Bersama Pesara Dan Bekas Polis yang telah berlangsung di Dewan Orang Ramai, No 2, Jalan 29/10, Taman Koperasi Polis Fasa II, pagi ini.
Majlis Interaksi Kementerian Dalam Negeri ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis Dan Penjara Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
Turut hadir di dalam majlis pagi ini adalah Y.Berusaha Encik Ishak Mohd Salleh, Sub Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis Dan Penjara, DSP Osman bin Hj. Mamat, PT Cawangan Persatuan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DSP Nik A.Zainon Nik Aziz mewakili Ketua Polis Daerah Sentul, Tuan Haji Abu Yazib Jusoh, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk, pegawai-pegawai polis dan pesara-pesara polis.
Sesi pagi telah diadakan sesi pendaftaran Rakan Cop daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan pengedaran borang Sistem Pesara Polis (SISPOL) daripada Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis Dan Penjara KDN. Sesi diteruskan dengan ucapan dan sedikit taklimat daripada Y.Berusaha Encik Ishak Mohd Salleh, Sub Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis Dan Penjara, Kementerian Dalam Negeri.
Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis Dan Penjara merupakan sebuah cabang kebajikan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang berpusat di Pusat Pentabdiran Kerajaan Persekutuan, Aras 7, Blok D1, Kompleks D, 62546 Putrajaya. Objektif utama cabang ini adalah menjaga kebajikan serta memastikan kesejahteraan hidup bekas anggota polis dan penjara, selain melaksanakan kursus peralihan dan kursus pengkhususan bagi bakal pesara anggota polis dan penjara, memantau aktiviti Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM).
Antara program-program kebajikan yang disediakan dengan penyediaan bantuan kebajikan kepada bekas polis dan tanggungan di bawah Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) dengan had maksimum RM 5,000. Sasaran utama program kebajikan ini untuk menjamin kualiti hidup bekas polis melalui pemberian bantuan kebajikan kepada bekas polis/balu dan anak di bawah tanggungan yang layak. TAWP telah dibahagikan kepada 5 jenis seperti berikut :-

Tetamu mengisi borang SISPOL.

Pendaftaran Rakan Cop dari IPD Sentul

Dari kanan DSP Nik A.Zainon Nik Aziz, Y.Berusaha Encik Ishak Mohd Salleh dan Tuan Haji Abu Yazib Jusoh

Sesi ucapan dan taklimat oleh Encik Ishak bin Mohd Salleh

dari kiri...Ahli Panel terdiri daripada DSP Osman bin Hj. Mamat, Encik Jahari bin Hj. Mansor Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis Dan Penjara dan DSP Nik A.Zainon Nik Aziz

Encik Rashid bin Harun pesara polis mengajukan soalan kepada Ahli Panel.

Antara pesara-pesara polis yang hadir..

ASP Jahari bin Hj. Mansor menerima cenderahati..

DSP Osman bin Hj. Mamat menerima cenderahati

- Tabung Amanah Warisan Polis 1, Khairat Kematian
- Tabung Amanah Warisan Polis 2, Bantuan Pergerakan
- Kerusi Roda
- Tongkat Kaki
- Tongkat Kaki 3
- Tongkat Bahu
- "Walking Frame"
- Tabung Amanah Warisan Polis 3, Bantuan Perubatan
- Tabung Amanah Warisan Polis 4, Bantuan Pendidikan
- Tabung Amanah Warisan Polis 5, Bantuan Bencana Alam
- Meninggal Dunia = RM18,000
- Cedera Parah = RM 21,000
- Cedera Parah (Kecacatan Kekal Dan Terpaksa Diberhentikan) = RM9,000
- Cedera Parah Kekal (Masih Boleh Berkhidmat) = RM6,500
- Cedera Ringan = RM600
- Alat Orthopedik = Ikut Bil Bayaran