Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Tawau Rampas Barangan Seludup Dari Negara Jiran

Published: 18 Jun 2014 8.34 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Tawau, 25 Jan - Rondaan Op Paradise oleh tiga anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau di kawasan persisiran Batu-Batu Sabindo, di sini tengahari semalam menjumpai longgokan bungkusan yang diletakkan d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tawau-rampas-barangan-seludup-dari-negara-jiran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:29 MYT

Tawau, 25 Jan - Rondaan Op Paradise oleh tiga anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau di kawasan persisiran Batu-Batu Sabindo, di sini tengahari semalam menjumpai longgokan bungkusan yang diletakkan di kawasan tersebut.

Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan berkenaan mengandungi pelbagai barangan seperti dua set Tanaka Digital HD 2 in 1 Satellite Receiver (Decoder), dua set Signal Kuat Matrik Alloy Solid Dish berukuran 185 cm, dua set Mounting 6 feet-model-H, satu set piring pemancar jenama ORANGE TV, 40 pek krim malam dan siang jenama SJ, lima set rim aloi berkualiti tinggi pelbagai jenama, satu set rim aloi serta sebiji tayar yang dipercayai cuba diseludup masuk dari Indonesia bagi mengelak daripada dikenakan cukai.

Tiada tangkapan dibuat dan kesemua barang rampasan bernilai RM5,400 diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam.

Ppm Tawau Rampas Barangan Seludup Dari Negara Jiran


Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.34 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM