Ppm Tawau Rampas Barangan Seludup Dari Negara Jiran
Tawau,
25 Jan - Rondaan Op Paradise oleh tiga anggota Pasukan Polis Marin
(PPM) Tawau di kawasan persisiran Batu-Batu Sabindo, di sini tengahari
semalam menjumpai longgokan bungkusan yang diletakkan di kawasan
tersebut.
Pemeriksaan
lanjut mendapati bungkusan berkenaan mengandungi pelbagai barangan
seperti dua set Tanaka Digital HD 2 in 1 Satellite Receiver (Decoder),
dua set Signal Kuat Matrik Alloy Solid Dish berukuran 185 cm, dua set
Mounting 6 feet-model-H, satu set piring pemancar jenama ORANGE TV, 40
pek krim malam dan siang jenama SJ, lima set rim aloi berkualiti tinggi
pelbagai jenama, satu set rim aloi serta sebiji tayar yang dipercayai
cuba diseludup masuk dari Indonesia bagi mengelak daripada dikenakan
cukai.
Tiada tangkapan dibuat dan kesemua barang rampasan bernilai RM5,400 diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam.

Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau