Manjung,
16 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) hari ini berjaya menahan seorang
lelaki tempatan di sebuah premis tidak bernombor di Pekan Gurney dalam
Operasi Landai kerana memiliki bahan letupan dan pelbagai jenis rokok
putih.
Pegawai
Pemerintah Markas Operasi PPM Kg. Aceh, DSP Shaari Ariffin berkata
bertindak atas maklumat, serbuan yang dilakukan oleh pegawai bersama
anggota PPM telah berjaya menahan suspek berusia 30-an dipercayai
penjaga premis terbabit kira-kira jam 2.30 petang.
"Ekoran
dari serbuan yang dilakukan, pihak polis telah menjumpai pelbagai jenis
rokok putih, mercun dan bunga api. Kesemua barangan ini telah dirampas
dan dianggarkan bernilai RM50 ribu.
Kesemua barangan dipercayai untuk jualan sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba," kata Shaari.
Suspek
dibawa ke Markas Operasi PPM Kg. Acheh untuk tindakan lanjut. Kes
disiasat di bawah Seksyen 135(i)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta
Bahan Letupan 1957.

Sumber : HEA Cawangan Marin Perak
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Ppm Rampas Rokok Mercun Dan Bunga Api
Manjung, 16 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) hari ini berjaya menahan seorang lelaki tempatan di sebuah premis tidak bernombor di Pekan Gurney dalam Operasi Landai kerana memiliki bahan letupan dan pel..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-rampas-rokok-mercun-dan-bunga-api
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.