Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sakit Perut Gara Gara Telan Puluhan Dadah

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.34 PM
Kuala Lumpur, 16 Jan – Malang berganda buat seorang warganegara Guinee bukan sahaja sakit perut akibat menelan puluhan ketulan Syabu malah turut ditahan pihak polis apabila menjumpai beberapa ketulan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sakit-perut-gara-gara-telan-puluhan-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:00 MYT

Kuala Lumpur, 16 Jan – Malang berganda buat seorang warganegara Guinee bukan sahaja sakit perut akibat menelan puluhan ketulan Syabu malah turut ditahan pihak polis apabila menjumpai beberapa ketulan Syabu lain di kediamannya sejurus dimaklumkan pihak hospital berkenaan penemuan dadah tersebut semasa suspek mendapatkan rawatan.

Sebanyak 78 ketulan Syabu dijumpai dalam perut suspek semasa menjalani ujian x-ray dan 392 gram lagi dijumpai di rumah suspek yang disembunyikan di dalam beg troli dan sarung kaki milik suspek. Selain itu, ujian air kencing suspek turut mendapati positif dadah jenis Syabu.

Siasatan pihak polis mendapati, suspek yang berumur 50 tahun itu dipercayai telah mengeluarkan sebahagian daripada ketulan syabu tersebut di bilik hotel sebelum ke hospital kerana mengalami sakit perut kesan daripada tindak balas dadah yang ditelan.

Pihak polis percaya suspek menjadi keldai dadah yang menyeludup masuk ke dalam negara.

Nilai harga pasaran semasa dadah tersebut dianggarkan lebih kurang RM58 ribu. Suspek kini ditahan reman sehingga Rabu depan dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Sumber : Bernama

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.34 PM