Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Rampas Rokok Mercun Dan Bunga Api

Published: 18 Jun 2014 8.00 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Manjung, 16 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) hari ini berjaya menahan seorang lelaki tempatan di sebuah premis tidak bernombor di Pekan Gurney dalam Operasi Landai kerana memiliki bahan letupan dan pel..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-rampas-rokok-mercun-dan-bunga-api
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:55 MYT

Manjung, 16 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) hari ini berjaya menahan seorang lelaki tempatan di sebuah premis tidak bernombor di Pekan Gurney dalam Operasi Landai kerana memiliki bahan letupan dan pelbagai jenis rokok putih.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kg. Aceh, DSP Shaari Ariffin berkata bertindak atas maklumat, serbuan yang dilakukan oleh pegawai bersama anggota PPM telah berjaya menahan suspek berusia 30-an dipercayai penjaga premis terbabit kira-kira jam 2.30 petang.

"Ekoran dari serbuan yang dilakukan, pihak polis telah menjumpai pelbagai jenis rokok putih, mercun dan bunga api. Kesemua barangan ini telah dirampas dan dianggarkan bernilai RM50 ribu.

Kesemua barangan dipercayai untuk jualan sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba," kata Shaari.

Suspek dibawa ke Markas Operasi PPM Kg. Acheh untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(i)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Ppm Rampas Rokok Mercun Dan Bunga Api
Sumber : HEA Cawangan Marin Perak

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.00 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM