Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Sembah Menjunjung Kasih Warga Pdrm Buat Kdymm Raja Permaisuri Agong

Published: 19 May 2024 1.13 PM Updated: 15 Aug 2026 8.12 PM
Seluruh pacal Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas perkenan Baginda Tuanku menyampaikan titah tulus ikhlas buat PDRM dan seluruh pasukan keselamatan di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-sembah-menjunjung-kasih-warga-pdrm-buat-kdymm-raja-permaisuri-agong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:58 MYT
Seluruh pacal Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas perkenan Baginda Tuanku menyampaikan titah tulus ikhlas buat PDRM dan seluruh pasukan keselamatan di negara ini.

Sesungguhnya titah Raja Zarith Sofiah sangat terkesan dalam hati setiap daripada patik-patik sekalian, apatah lagi dengan kehilangan dua wira, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang gugur mempertahankan keamanan negara.

Biarpun sedih, namun patik-patik sekalian redha. Semangat juang mereka sehingga hembusan nafas terakhir akan sentiasa dibawa bersama sebagai pembakar semangat demi meneruskan khidmat bakti kepada pertiwi.

Semoga Allah SWT akan terus memelihara Malaysia dan rakyatnya kekal makmur di bawah payung pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua. Ampun Tuanku.

Daulat Tuanku!

ArticlePublished 19 May 2024 1.13 PMUpdated 15 Aug 2026 8.12 PM