Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

HEBAHAN: KEJOHANAN KUDA LASAK (TERBUKA) PIALA KPN TAHUN 2024 SEMPENA HARI POLIS KE-217

Diterbitkan: 19 May 2024 1.34 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.12 PM
Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2024 sempena Hari Polis Ke-217 anjuran Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Sukan Ekuestrian) bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Royal Terengganu Endurances Stable (RTES) dan Kumpulan Shapadu akan berlangsung pada:
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-kejohanan-kuda-lasak-terbuka-piala-kpn-tahun-2024-sempena-hari-polis-ke-217-20240519
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:02 MYT

Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2024 sempena Hari Polis Ke-217 anjuran Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Sukan Ekuestrian) bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Royal Terengganu Endurances Stable (RTES) dan Kumpulan Shapadu akan berlangsung pada:

🗓 Hari: Khamis hingga Ahad (30 Mei hingga 2 Jun 2024)
🏟️ Tempat: Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.
Acara yang dipertandingkan:
🏇 VIP Ride 15KM
🏇 40KM CEN
🏇 80KM CEN
🏇 100KM CEN/CEI

🟣 Terdapat juga acara sampingan iaitu Barrel Race dan Musical Chair Ride.

🟣 Penyertaan terbuka kepada semua penunggang kuda di Malaysia yang memenuhi syarat mengikut kategori yang ditetapkan. Pendaftaran boleh dibuat melalui emel Royal Terengganu Ekuestrian Stable iaitu rtes.endurance@gmail.com

🎁 Para pemenang akan menerima wang tunai, piala kejohanan dan sijil penyertaan. Tidak ketinggalan juga para peserta akan menerima sijil penyertaan dari Majlis Sukan PDRM.

Apa tunggu lagi? Ayuh sama-sama sertai dan meriahkan kejohanan ini. Jumpa anda di sana! ❤️🏇

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/ 
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/ 
https://twitter.com/PDRMsia 
https://www.youtube.com/user/PDRMsia 
https://t.me/PDRMsia_Official 
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP 
#19052024

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎知用 Kejoharar ப்ழ BINLIA បរាប់មម SPH SPH)SHAPADU SHAPADU KODA LASAK (TERBUK

ArtikelDiterbitkan 19 May 2024 1.34 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.12 PM