Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tragedi Berdarah Balai Polis Batu Pahat Anggota Polis Parah Dilibas Pedang

Diterbitkan: 19 May 2024 11.42 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.12 PM
Serangan yang didalangi pengikut ajaran sesat dipimpin Mohd Nasir Ismail pada jam 9.30 pagi, 16 Oktober 1980 itu menyebabkan 23 anggota polis dan orang awam cedera termasuk putus jari dan pergelangan tangan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tragedi-berdarah-balai-polis-batu-pahat-anggota-polis-parah-dilibas-pedang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Batu Pahat, 19 Mei 2024 - Insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi kelmarin mengimbau kembali sejarah hitam bagi waris mangsa tragedi berdarah di Balai Polis Batu Pahat, 44 tahun lalu.

Serangan yang didalangi pengikut ajaran sesat dipimpin Mohd Nasir Ismail pada jam 9.30 pagi, 16 Oktober 1980 itu menyebabkan 23 anggota polis dan orang awam cedera termasuk putus jari dan pergelangan tangan.

Insiden itu sekali gus mengingatkan Nurul Asia, 37, terhadap kisah ayahnya, pesara polis, Allahyarham Masood Hamid salah seorang mangsa serangan di Balai Polis Batu Pahat itu hingga meninggalkan kesan parut berbentuk huruf U pada lengan kanannya.

Menurutnya, melalui penceritaan ayahnya ketika itu, serangan berlaku ketika arwah ayahnya didatangi sekumpulan lelaki bersenjata termasuk pedang ketika bertugas.

“Ketika itu, seorang daripada mereka melibas pedang dan mengenai lengan ayah, menyebabkan dia cedera parah serta berpura-pura mati kerana bimbang nyawanya melayang.

“Ayah tidak pernah menceritakan kejadian itu sehinggalah dia pencen. Saya hanya tahu bila ternampak parut dan dari situlah ayah mula membuka mulut,” katanya.

Anak kelima daripada enam beradik itu berkata insiden di Balai Polis Ulu Tiram mengingatkan kembali kejadian menimpa arwah ayahnya walaupun berpuluh tahun berlaku.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an illustration of 1 person and text that says 'TRAGEDI BALAI POLIS BATU PHAT 16 OKTOBER 1980 INSIDEN nan at Balai Batu Pahat ลบธ dan trang hs
ArtikelDiterbitkan 19 May 2024 11.42 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.12 PM