
Artikel
Posting Pilihan Sembah Menjunjung Kasih Warga Pdrm Buat Kdymm Raja Permaisuri Agong
Seluruh pacal Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda...
Seluruh pacal Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas perkenan Baginda Tuanku menyampaikan titah tulus ikhlas buat PDRM dan seluruh pasukan keselamatan di negara ini.
Biarpun sedih, namun patik-patik sekalian redha. Semangat juang mereka sehingga hembusan nafas terakhir akan sentiasa dibawa bersama sebagai pembakar semangat demi meneruskan khidmat bakti kepada pertiwi.
Semoga Allah SWT akan terus memelihara Malaysia dan rakyatnya kekal makmur di bawah payung pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua. Ampun Tuanku.
Daulat Tuanku!