
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Terima Kunjungan Hormat Korea Customs Service
Kuala Lumpur, 12 Disember 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamaruddin Md Din menerima kunjungan hormat Director of International Investigation Division, Korea Customs Service, Mr. Kim Hyeon Seok di Bilik Mesyuarat JSJN, Bukit Aman, semalam.
Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi membincangkan masalah pengedaran dadah secara global dengan mencari mekanisme yang terbaik bagi membanteras isu yang melibatkan antara dua negara.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Zainudin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin dan Ketua Penolong Pengarah (Pelucuthakan Harta), JSJN Bukit Aman, SAC Mazleen Mohd Nasir.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM