
Keratan Akhbar Pilihan Insiden Gaduh Sekitar Johor Bahru Sembilan Geng Kongsi Gelap Dipantau
Johor Bahru, 12 Disember 2023 - Sembilan kumpulan kongsi gelap kini dalam pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor kerana dipercayai terbabit dalam beberapa insiden pergaduhan di sekitar bandar raya ini.
Antaranya Geng Ang Soon Tong, Geng Gee Ang Eng, Geng Hong Hong San, Geng Ngo Sek Kee, Geng Jin Jee Tong, Geng 04, Geng 21 dan Geng 36.
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, ada dalam kalangan ahli kongsi gelap terbabit sudah diberkas pada Op Cantas kerana terbabit dalam pergaduhan.
Op Cantas dijalankan bagi membanteras kegiatan “gangsterisme”.
“Polis tidak menolak peningkatan kes pergaduhan antara kumpulan di sekitar bandar raya ini sejak awal tahun ini.
“Insiden pergaduhan direkod sejak awal tahun sehingga pertengahan November adalah 104 kes berbanding 75 kes bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya kepada Harian Metro.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.