
Kdnprihatin Posting Pilihan Kpn Hadir Majlis Apresiasi Kdn 2023
Putrajaya, 12 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Apresiasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2023 yang diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya, di sini semalam.
Majlis anjuran bersama Kelab KDN itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ia bertujuan bagi memberi penghargaan kepada warga KDN atas komitmen dalam menjayakan pelbagai inisiatif dan program kementerian selain meningkatkan motivasi dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada tahun akan datang.
Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Setiausaha (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri), Dato’ Sayuthi Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN merangkap Yang Dipertua Kelab KDN, Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan agensi-agensi di bawah KDN.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)