
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjk Hadir Sesi Taklimat Khas Bersama Mdn
Sumber: Saifuddin Nasution Ismail
Putrajaya, 21 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf menghadiri Sesi Taklimat Khas Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang diadakan dekat pejabat menteri di Kementerian Dalam Negeri, di sini semalam.
Dalam taklimat yang sama, MDN bersetuju membuat beberapa pindaan undang-undang yang sedia ada untuk ditambah baik bagi mengekang gejala penipuan ini dari terus berleluasa.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), JSJK Bukit Aman, SAC Siti Dalila Mohd Yasin, Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Strategik), JSJK Bukit Aman, ACP Lai Lee Ching, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Korporat/Persatuan/Syarikat, JSJK Bukit Aman, ACP Muhammad Tarmizi Awang.
Sumber: Saifuddin Nasution Ismail