Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Terima Kunjungan Hormat Delegasi Mcpf

Diterbitkan: 21 Jun 2024 11.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.13 PM
Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 – Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim menerima kunjungan hormat daripada delegasi Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) yang diketuai oleh Exco MCPF, Datuk Kamarudin Md Ali di Bilik Mesyuarat Persada, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-terima-kunjungan-hormat-delegasi-mcpf
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:18 MYT
Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 – Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim menerima kunjungan hormat daripada delegasi Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) yang diketuai oleh Exco MCPF, Datuk Kamarudin Md Ali di Bilik Mesyuarat Persada, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, semalam.

Kunjungan hormat itu bertujuan membincangkan cadangan perlaksanaan Program Lawatan Balai Polis oleh pihak MCPF bagi memilih dan memberi pengiktirafan kepada Balai Polis melalui Anugerah Balai Polis Cemerlang MCPF 2024.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Pahlawan Anuar Othman, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Penilaian Kompetensi) Bukit Aman, SAC Mohd Asri Md Akhir dan Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Annas Sulaiman.

Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM

ArtikelDiterbitkan 21 Jun 2024 11.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.13 PM