
Artikel
Posting Pilihan Curi Rm24 2 Juta 14 Individu Ditahan Terima Komisen Antara Rm100 000 Hingga Rm240 000
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM dan BERNAMA
Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 - Polis menahan seorang lagi individu menjadikan jumlah keseluruhan 14 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian RM24.2 juta.
“Setakat ini, hasil siasatan mendapati sindiket ini mula aktif pada awal 2023 dan kesemua suspek menerima wang komisen antara RM100,000 hingga RM240,000 mengikut peranan masing-masing.
“Kita juga percaya dalang utama bagi kes ini adalah individu yang dipercayai pakar dalam membuat pemalsuan dokumen peribadi seperti kad pengenalan serta cap jari bagi proses pengeluaran duit,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ di sini hari ini.