Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Hadir Sesi Taklimat Khas Bersama Mdn

Diterbitkan: 21 Jun 2024 12.46 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.12 PM
Sumber: Saifuddin Nasution Ismail
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjk-hadir-sesi-taklimat-khas-bersama-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:47 MYT
Putrajaya, 21 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf menghadiri Sesi Taklimat Khas Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang diadakan dekat pejabat menteri di Kementerian Dalam Negeri, di sini semalam.

Dato' Sri Ramli turut memberikan taklimat berkaitan situasi semasa jenayah komersil yang lebih tertumpu kepada perkara melibatkan penipuan dalam talian dan kerugian yang berlaku sehingga mencecah ratusan juta ringgit.

Dalam taklimat yang sama, MDN bersetuju membuat beberapa pindaan undang-undang yang sedia ada untuk ditambah baik bagi mengekang gejala penipuan ini dari terus berleluasa.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), JSJK Bukit Aman, SAC Siti Dalila Mohd Yasin, Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Strategik), JSJK Bukit Aman, ACP Lai Lee Ching, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Korporat/Persatuan/Syarikat, JSJK Bukit Aman, ACP Muhammad Tarmizi Awang.

Sumber: Saifuddin Nasution Ismail

ArtikelDiterbitkan 21 Jun 2024 12.46 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.12 PM